Buletin

KERUSI PLASTIK HITAM BEKAS JUARA DUNIA F1 DIJUAL HAMPIR RM3,000?

Figura juara dunia tujuh kali Formula 1, Lewis Hamilton mengunjungi salah sebuah stesen PETRONAS di ibu kota menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Bahkan, terdapat segelintir peminat sukan pemotoran tidak mempercayai melihat susuk tubuh legenda F1 berkenaan.

Bagaimanapun, aksi santai Hamilton duduk berehat di kerusi plastik berwarna hitam di stesen tersebut menjadi buah mulut netizen.

Apa tidaknya, kerusi berkenaan dikatakan dijual pada harga yang agak tinggi melalui salah satu platform e-dagang terkemuka negara.

Menurut laporan akhbar KOSMO!, kerusi plastik berwarna hitam dipercayai digunakan pelumba itu dijual pada harga RM2,888.88

“Kerusi bekas tempat duduk pelumba dunia F1 Lewis Hamilton,” tulis kapsyen tersebut.

Bagaimanapun, kerusi berkenaan dikatakan berjaya dijual dalam tempoh kurang 12 jam. – KOSMO!

Google ads
Back to top button