BINTANG REAL MADRID TEST POWER JENTERA NISSAN. CUAK KE HAZARD?
Bintang bola sepak Real Madrid, Eden Hazard dan pemandu Formula E, Oliver Rowland menguji dua jentera elektrik Nissan, Leaf e+ serta Nismo RC di litar Jarama, Sepanyol.
Mungkin ada yang pelik mengapa bintang bola sepak terlibat dalam pemanduan jentera Nissan ini, Hazard merupakan duta global bagi jenama pengeluar kereta Jepun tersebut sejak tahun 2018 lagi.
Rowland pula pemandu bagi pasukan Formula E, Nissan e.dams.
Biarpun, Hazard antara bintang dalam pasukan Real Madrid, dia terlebih dahulu perlu mempelajari selok-belok litar berkenaan dan rahsia pengendalian jentera daripada Rowland.
Sudah pasti cabaran ketika mengendalikan jentera Leaf Nismo RC yang merupakan kenderaan rasmi bagi trofi Liga Juara-Juara Eropah malah ia mampu mencapai 62 mph dalam 3.4 saat.
Nissan baharu bertanding dalam Formula E pada tahun lalu walaupun model Leaf sudah lama berada di pasaran.
Melalui video berkenaan, Hazard melahirkan rasa gementar apabila Rowland mula memecut dalam jentera berkenaan.
Bahkan, pemain sayap dan pertengahan ini turut membuatkan Rowland ketakutan apabila mengambil alih mengendali jentera itu.
“Saya tahu kenderaan elektrik agak menyeronokkan di jalan raya. Bagaimanapun, memandu Nissan Leaf Nismo RC memberi pengalaman baharu.
“Saya suka jentera berprestasi tinggi dan pecutan jentera ini sangat luar biasa,” kata Hazard. – autoevolution