YAMAHA PERKENAL CRUISER BOLT R SPEC ABS DI JEPUN, BERMULA RM39K
Yamaha baru-baru ini memperkenalkan model terkini Bolt R Spec ABS yang khas untuk pasaran Jepun. Cruiser dengan enjin V-Twin itu hanya akan ditawarkan dalam satu varian sahaja.
Jadi, pelanggan di Jepun sudah boleh membeli jentera tersebut pada harga bermula ¥ 1,045,000 (RM39,200) seunit. Ia dikuasakan oleh enjin V-Twin bersesaran 941cc yang mampu menjana sekitar 54PS pada 5,500rpm dan tork 80Nm pada 3,000rpm.
Kuasa berkenaan disalurkan ke roda menerusi kotak gear lima kelajuan dan pacuan final belt untuk menawarkan karekter tunggangan sebuah cruiser yang sebenar.
Menjadi sebuah model yang lebih lengkap, Bolt R Spec ABS didatangkan dengan rim aloi bersama kemasan brushed metal, penyerap hentak belakang bersama piggy-back revoir berkembar, tayar tanpa tiub dan warna biru metalik baharu, di samping warna hitam untuk penampilan lebih klasik.
Cruiser ini sebenarnya agak berat, kira-kira 252kg. Tetapi, kedudukan pelana yang rendah membolehkan sesiapa sahaja menunggangnya dengan mudah dan selesa. Aspek pengendalian diserahkan kepada fork hadapan teleskopik 41mm dan kerangka jenis dual cradle.
Tugas membrek pula dipertanggungjawabkan kepada brek cakera berbentuk bunga bersaiz 282mm di depan dan belakang bersama sistem brek ABS dua saluran. Saiz rim ialah 19 inci didepan dan 16 inci di belakang. Tangki minyak berkapasiti 13 liter itu tidak memerlukan anda kerap berhenti di stesen petrol.
- BACA: PASANGAN SUAMI ISTERI NEKAD TUNGGANG HONDA CRF 150, YAMAHA VEGA PERGI MEKAH
- BACA: BELI YAMAHA NMAX BERNILAI RM8,742, GUNA 31 BEG PLASTIK BERISI SYILING
- BACA: YAMAHA Y16ZR VVA 2021 RASMI DILANCARKAN. 17.7HP, KEYLESS, BERMULA RM10,888!
- BACA: YAMAHA RD LC 125 LEGEND UNTUK DIJUAL. HASIL JUALAN 100% UNTUK BAIK PULIH SURAU
GALERI