Motosikal

EICMA 2016: DUCATI MONSTER 797, SAUDARA BARU MONSTER

Ducati baru melancarkan ahli keluarga Monster terbaru dalam rangkaian street naked mereka – Monster 797 bertempat di Pameran Motosikal EICMA Milan, Itali.

Sebelum kehadiran Ducati Scrambler, Monster merupakan varian asas bagi pemilik yang ingin memiliki Ducati. Monster 797 ini dikuasakan oleh enjin talaan semula 803cc sejukan udara dengan kuasa 75 kuasa kuda.

Ia dilengkapi suspensi depan fork Kayaba, suspensi belakang Sachs. Brek depannya hampir sama saiznya dengan Monster 821, M4.32 yang dipasangkan pada cakera 320mm dan 245mm di belakang.

EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGRERA

EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”

EICMA 2016 : YAMAHA T-MAX 530 FACELIFT 2017

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

HyperFocal: 0

Ketinggian pelananya 805mm yang boleh dilaras serendah 785mm, sesuai untuk orang yang tidak memiliki ketinggian manusia normal seperti Abang Japar.

Ia dipasangkan pada kerangka jenis trellis yang menjadi identiti Ducati Monster sejak model pertama ia dihasilkan. Monster 797 ini dipasangkan dengan lengan ayun belakang jenis berkembar sama macam model lama 696.

Selain itu, 797 dipadankan dengan instrumentasi LCD bersaiz penuh dan lampu hadapan bulat dengan lampu “DRL” LED. Ia nampak mahal dan tidak kelihatan terlalu asas.

 

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

HyperFocal: 0

eicma-2016-ducati-monster-797-3

 

 

Google ads
Back to top button