Buletin

ELECTRIC X MITSUBISHI

Mitsubishi terus memberi tumpuan terhadap pembangunan kenderaan SUV dan crossover. Terbaru, Mitsubishi akan memaparkan model konsep yang dinamakan sebagai Mitsubishi eX di  Tokyo Motor Show 2015. 

Mitsubishi-eX-mekanika (1)

Mitsubishi eX diposisikan di bawah Outlander dalam barisan produk Mitsubishi. Perkataan eX itu bermaksud  electric X (cross)-over.

Model crossover itu dilengkapi sistem pacuan semua roda. Menggunakan elektrik sebagai nadi enjin, ia akan mengubah trend crossover kompak masa depan.

Mitsubishi-eX-mekanika (3)

Bahagian hadapannya menampilkan falsafah rekaan baharu Mitsubishi iaitu Dynamic Shield fascia. Ia merupakan kombinasi rekaan lampu LED nipis yang dan lampu nyalaan siang (DRL) yang panjang pada kedua-dua bahagian sisi bampar.

Mitsubishi menyatakan akan memperluaskan barisan SUV mereka sekurang-kurangnya kepada lima model baharu hingga tahun 2020.

Mitsubishi eX bakal ditampilkan di Tokyo mulai 29 Oktober bersama Mitsubishi Outlander PHEV, Mitsubishi Outlander PHEV Baja Portalegre 500 Rally Car (replika), Mitsubishi i-MiEV, Mitsubishi Pajero dan beberapa model Japan Domestic Market (JDM).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button