Motosikal

HONDA CBR500R DIDEDAHKAN

Ini merupakan pertama kali  model kemas kini Honda CBR500R  didedahkan kepada umum. Ditayangkan di American International Motorcycle Expo di Orlando, Florida, versi baharu berkenaan lebih agresif.

Honda-CBR500R-2016-mekanika (2)

Honda telah melakukan beberapa perubahan  pada model versi 2016 itu. Ini bagi menjadikan ia lebih sporty berbanding sebelumnya.  Bentuk keseluruhan dan garis karakter yang edgy memberikan ekspresi dinamik.

Honda-CBR500R-2016-mekanika (8)

Kemas kini CBR500R 2016 :-

  • Sportbike berkenaan menggunakan tema rekaan baharu “Aggressive Speed Shape” . Garisan tajam mengalir dari muka depan baharu yang menampilkan dua lampu LED dengan imej garang. Lampu belakang juga didatangkan dengan ciri LED yang mewakili kelajuan.
  • Suspensi hadapan kini dilengkapi dengan pre-load boleh laras, tangki minyak lebih besar bersama penutup tangki baharu, tuil brek boleh laras dan kunci penghidup dengan rekaan  ‘gelombang’.
  • Peredam ekzos lebih pendek untuk mencapai karakter bunyi yang lebih nyaring.
  • Skim warna dinamik baharu turut ditawarkan iaitu merah, hitam metalik atau putih mutiara.

Honda-CBR500R-2016-mekanika (6)

Seperti diketahui, CBR500R memiliki platform yang sama dengan motor naked CB500F dan motor Adventure CB500X. Nampaknya, kedua motor yang memiliki platform yang sama dengan CBR500R itu mungkin akan menerima kemas kini baharu.

Honda-CBR500R-2016-mekanika (3)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button