,
Buletin

SCANIA  LUASKAN RANGKAIAN  DI PANTAI TIMUR

Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. kini membuka pusat servis baharu di Kuala Terengganu bagi memperkukuhkan lagi aspek perkhidmatan selepas jualannya di Pantai Timur.

Scania-kuala-terengganu-mekanika (10)

Kini pelanggan Scania boleh menghantar trak, bas, koc serta peralatan marin, perusahaan dan penjana tenaga Scania untuk diselenggara.

Pusat Servis Scania Malaysia Kuala Terengganu itu berkeluasan  3,759.18 meter persegi.  Tersedia tiga ruang servis dan satu ruang pit bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Scania-kuala-terengganu-mekanika (1)

Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström berkata, pembukaan pusat berkenaan adalah salah satu usaha berterusan Scania bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Bagi menawarkan perkhidmatan berkualiti, urusan penyelenggaraan dilakukan oleh juruteknik, penasihat dan pegawai komponen bertauliah dari Scania. Selain itu, dengan adanya Pusat Komponen Asia di Singapura, urusan untuk mendapatkan alatan ganti tulen juga semakin mudah.

Scania-kuala-terengganu-mekanika (6)

Kini, semua pelanggan Scania di Terengganu dan kawasan berhampiran dapat melakukan urusan servis dengan cepat dan selesa. Khidmat Kontrak Scania turut ditawarkan di pusat berkenaan

Perkhidmatan Scania Assistance ada ditawarkan 24 jam setiap hari menerusi talian 1800-08-8500.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button