INDONESIA ADA POTENSI BESAR – MUSK
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengambil kesempatan mengunjungi kilang SpaceX milik blionair, Elon Musk di Boca Chica, Amerika Syarikat (AS) ketika sesi lawatan ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, lapor laman berita Kompas, semalam.
Dalam kesempatan tersebut, Jokowi mendedahkan bahawa beliau telah berbincang dan melawat kilang pengeluaran roket sambil diiringi Musk sendiri.
Jokowi berkata, lawatan itu adalah susulan daripada arahannya kepada Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan untuk bekerjasama dengan SpaceX.
“Susulan arahan saya untuk bercakap dengan Musk tentang pelaburan, teknologi dan inovasi, saya mengambil peluang daripada lawatan ke AS ini untuk membincangkan mengenai kerjasama masa depan,” kata Jokowi dalam kenyataan akhbar Sekretariat Presiden.
Dalam pada itu, Musk turut memberitahu bahawa beliau sangat berminat untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam pelbagai sektor yang dianggap berpotensi.
“Saya fikir Indonesia mempunyai potensi yang besar. Menerusi Tesla dan SpaceX, saya akan mencadangkan beberapa kerjasama dengan Indonesia,” ujar Musk.
Musk turut memaklumkan bahawa jumlah penduduk Indonesia yang ramai menjadi satu kelebihan terutama dari segi tenaga kerja. Ia satu perkata yang bagus kerana kami memerlukan ramai pekerja pada masa hadapan,” ujarnya. – Agensi
- BACA: INDUSTRI MICROBUS DI INDONESIA – APA BARANG GUNA VAN DARI CHINA
- BACA: KASTAM INDONESIA LELONG 2 UNIT NISSAN SKYLINE GT-R. HARGA BAWAH 70K
- BACA: SELALU KACAU PASARAN MATAWANG KRIPTO, ELON MUSK TERIMA UGUTAN ANONYMOUS
- BACA: MUSK DIJANGKA JADI TRILIONAIR PERTAMA DUNIA PADA 2024. TAPI ADA MASA HIDUP DI BAWAH GARIS KEMISKINAN