
ELON NAK BELI MANCHESTER UNITED
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk baru-baru ini menyatakan dia mahu membeli kelab bola sepak Manchester United Plc.
Musk yang juga lelaki terkaya di dunia membuat pengumuman mengejutkan itu di Twitternya. Dia memiliki sejarah melakukan tweet tidak berkaitan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia melakukan rundingan itu.
“Saya sedang membeli Manchester United, terima kasih,” tulis Musk di Twitter.
Manchester United adalah antara kelab bola sepak yang memiliki paling ramai penyokong di dunia. Mereka mencipta rekod muncul juara England sebanyak 20 kali dan juara Eropah sebanyak tiga kali.
Pasukan yang kini dimiliki keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS) tidak memberikan komen mengenai perkara itu.
Kelab itu memiliki modal pasaran AS$2.08 bilion (RM9.28 bilion) berdasarkan pasaran saham yang ditutup semalam.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyokong Manchester United melakukan protes terhadap the Glazers yang membeli kelab itu dengan harga AS$955.51 juta (RM4.265 bilion) pada 2005, susulan prestasi yang kian menjunam.
Gerakan anti-Glazer semakin memuncak pada tahun lalu apabila United turut terbabit untuk menubuhkan Liga Super Eropah, sebelum rancangan itu gagal.
Sebahagian penyokong menggesa Musk membeli Manchester United dan bukannya Twitter.
Musk sedang berusaha untuk keluar daripada perjanjian AS$44 bilion bagi membeli syarikat sosial media itu yang membawanya ke mahkamah. – Harian Metro
- BACA: ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL
- BACA: SELALU KACAU PASARAN MATAWANG KRIPTO, ELON MUSK TERIMA UGUTAN ANONYMOUS
- BACA: MUSK DIJANGKA JADI TRILIONAIR PERTAMA DUNIA PADA 2024. TAPI ADA MASA HIDUP DI BAWAH GARIS KEMISKINAN
- BACA: KILANG BERLIN DAN TEXAS LUBUK BAKAR DUIT – MUSK