Buletin

KILANG BERLIN DAN TEXAS LUBUK BAKAR DUIT – MUSK

Dua buah kilang baharu tesla di Texas dan Berlin dikatakan mengalami kerugian berbilion dolar kerana kemudahan itu bergelut untuk meningkatkan produksi berikutan masalah bekalan bateri dan isu di pelabuhan di China.

Perkara itu diluahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam satu temubual dengan sebuah kelab sah, Tesla Owners of Silicon Valley di Texas. 

“Buat masa sekarang, kilang di Berlin dan Texas ialah lubuk bakar duit. Ia berbunyi bising seperti api yang membakar duit,” kata Musk. 

Kilang berkenaan kini hanya mampu menghasilkan sejumlah kecil kerana kesukaran meningkatkan produk bateri baharunya, 4680 dan peralatan untuk membuat bateri 2170 pula tersangkut di pelabuhan China. 

“Semua ini akan diselesaikan segera, tetapi memerlukan perhatian penuh,” kata Musk yang menyifatkan kilang Berlin berasa dalam keadaan lebih baik kerana kemudahan tersebut membina kereta menggunakan bateri 2170. 

Sejak beberapa tahun lalu, Tesla menumpukan perhatian untuk membina kilang di beberapa lokasi berbeza di seluruh dunia untuk membolehkan kenderaan menjadi lebih murah di pasaran terbesarnya. Lebih banyak kilang juga memberikan Tesla kelebihan untuk menghasilkan lebih banyak kereta setahun. 

“Gangguan rantaian bekalan dalam tempoh dua tahun lepas memang mimpi ngeri. Satu demi satu masalah timbul dan kita masih ada banyak lagi isu. Kebimbangan utama sekarang adalah bagaimana untuk memastikan kilang boleh beroperasi, supaya kami boleh bayar gagi dan tidak bankrap,” katanya lagi. 

Awal tahun ini, Musk meramalkan ekonomi akan berada dalam keadaan sangat teruk dan syarikat perlu membuang sekitar 10 peratus pekerja serta membekukan pengambilan baharu di seluruh dunia. 

Musk juga menjangkakan Tesla akan memulakan produksi Cybertruck yang sudah tertangguh beberapa kali pada pertengahan tahun 2023. 

Google ads
Back to top button