Buletin

POLESTAR 6 EV BAKAL DILANCARKAN PADA 2026. 884HP/900NM, TOP SPEED 250KM/J

Polestar mengumumkan bahawa kereta konsep yang didedahkan pada Mac lalu akan dilancarkan pada 2026 dan pihaknya sudah menerima tempahan secara dalam talian.

Polestar 6 hanya Bakal dilancarkan dalam tempoh empat tahun lagi, Polestar akan menawarkan 500 unit edisi “Konsep LA”. Jentera itu akan menampilkan cat luaran berwarna biru, kemasan dalaman kulit cerah, dan roda bersaiz 21 inci yang unik.

Model itu akan menggunakan platform aluminium yang ditempah khas dengan menggunakan seni bina EV 800 volt yang dibangunkan sendiri oleh Polestar.

Platform yang turut digunakan pada model Polestar 5 menggunakan rangkaian kuasa dwi-motor yang mampu menjana kuasa mencecah 884hp (650 kilowatt) dan tork 900Nm Pembuat kereta itu berharap jentera itu mampu mencapai pecutan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat dan kelajuan tertinggi 250km/j.

Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath menyatakan hasrat awal pihaknya adalah untuk menghasilkan konsep tersebut pada musim panas ini. Tetapi dia mengakui kesukaran yang akan dihadapi.

Polestar menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada orang ramai dan ia teruja untuk menjadikannya satu kenyataan.

Polestar mempunyai beberapa model sedang dibangunkan yang akan debut dalam beberapa tahun lagi. SUV elektrik, Polestar 3 akan debut pada Oktober depan dan Polestar 4 dijangka menyusul pada 2023.

Polestar 5 tidak akan tiba sehingga 2024 sebagai GT berprestasi tinggi empat pintu. Polestar akan memaparkan konsep O2 pada Monterey Car week pada tahun ini untuk meraikan pengumuman pengeluarannya.

GALERI:

Google ads
Back to top button