Artikel Pilihan

ENJIN HONDA K20C, APA YANG MEMBUATKANNYA TAHAN LASAK & BERKUASA?

Enjin K Series sebenarnya sudah lama di pasaran, ia diperkenalkan semenjak tahun 2001 lagi bagi menggantikan enjin B-Series. Perbezaan yang nyata sekali ialah enjin K Series dipasang dengan sistem pemasaan injap (Toyota sebut VVT-i) iaitu sistem VTC (Variable Timing Control)

Walaupun begitu, rekaan komponen dalaman K20C adalah baru sepenuhnya dan menggunakan teknologi terkini yang ada pada enjin Earth Dream Technology L15. Enjin ini digunakan pada Honda Civic Type R dan juga Honda Accord pasaran Amerika (dengan kuasa yang rendah). Berikut ialah spesifikasi enjin K20C:

1. Blok dan kepala silinder – dihasilkan daripada aloi aluminium bagi tujuan mengurangkan berat, aliran haba yang lebih baik dan penjimatan bahan api. Enjin K20 yang asal menggunakan cast iron dalam proses pembuatan

2. Piston – dihasilkan daripada aloi untuk ringan, dengan rekaan cooling gallery dibahagian bawah bagi tujuan sejukan. 3 unit pemancit dipasang dibawah piston bagi memancitkan minyak enjin sejuk semasa beroperasi. Piston disalut dengan Molybdenum bagi mengurangkan geseran

3. Rod penyambung – dan aci engkol dibuat dengan kaedah forging bagi memasikan komponen enjin ringan dan responsif

4. Aci sesondol – dihasilkan menggunakan kaedah hollow atau kosong di bahagian dalam bagi mengurangkan inersia

5. Injap- diisi dengan sodium bagi tujuan menyejukkan enjin serta menghapuskan masalah ketukan

6. Sistem pemasaan – injap kemasukan dan injap ekzos dipasang dengan mekanisme VTC pada aci sesondol. Tapi injap ekzos diberikan fungsi VTEC bagi melepaskan lebih banyak gas ekzos untuk membantu operasi turbo

7. Turbo – menggunakan kod MHI TD04 (Mitsubishi Heavy Industry) menghasilkan 22.8 psi. Port ekzos direka secara terbina dalam kepala silinder, mengurangkan berat, dipasang dengan cecair penyejuk bagi memastikan gas ekzos sejuk terus ke turbo dengan pantas

8. Sistem suntikan – direct injection (tekanan 20Mpa) dengan nisbah mampatan silinder 9.8:1. Saiz diameter silinder ialah 86mm manakala saiz lejang ialah 85.9mm. Ia menggunakan palam pencucuh bersaiz kecil iaitu M12

9. Intercooler – menggunakan jenis sejukan udara bagi tujuan mengurangkan berat, malah sambungan paip pun dihasilkan dengan menggunakan resin

10. Kurang geseran – piston aluminium disalut dengan molybdenum, aci engkol digosok bagi memastikan permukaan yang bergesel sangat licin, menggunakan minyak pelincir 0W-20, pam minyak enjin 2 tahap, dan rantai pemasaan gesean rendah

Bagi pasaran Malaysia, ia ditala bagi menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400Nm tork seawal 2500 RPM dengan petrol 95. Bagi pasaran luar negara, ia berupaya menjana 316 kuasa kuda dengan petrol RON lebih tinggi. Tapi pada masa yang sama jika dipandu berhemah ia masih memberikan bacaan sekitar 11.3km/liter petrol

Bagi Honda Civic Type R generasi terbaru, ia dikatakan lebih berkuasa dan kami menjangkakan ia mampu menghasilkan 326 kuasa kuda.

Google ads
Back to top button