Motosikal

HONDA DASH Fi EDISI TERHAD – BERMULA RM5,775

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan model terbaharunya, Honda Dash Fi Edisi Terhad ke pasaran tempatan.

Antara perubahan yang diterima oleh moped tersebut ialah warna hitam matte, grafik baru dan pelekat berwarna merah pada rim sport.

Pengenalan model edisi terhad itu dbuat berikutan sambutan hangat yang diterima oleh Honda EX5 Fi Edisi Terhad sejak beberapa bulan lalu.

Gabungan warna badan dan grafik baru nyata berjaya menyerlahkan penampilan dan gaya motosikal ini. Kapcai itu kini dilengkapi brek cakera pada kedua-dua buah roadanya.

BACA: INI BERITA GEMBIRA, HONDA CBR250RR SAH MASUK KE MALAYSIA

Honda Dash Fi Edisi Terhaddijana oleh enjin empat lejang bersesaran 109cc dengan sistem pancitan bahan api PGM-Fi. Ia diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Hasilnya, motosikal ini mampu mencapai penjimatan bahan api sehingga 1.8L/100km. Jentera ini ditawarkan pada harga RM5,775 (Siri S – brek cakera tunggal) dan RM6,040 (Siri R – brek cakera berkembar).

Model ini juga hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Maklumat lanjut mengenai Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda

Google ads
Back to top button