
NILAI BAHT TERUS NAIK, MAZDA PINDAH PRODUKSI CX-3 DARI THAILAND KE JEPUN
Mazda dilapor akan menilai semula produksinya di Thailand dan memindahkan pemasangan beberapa model ke kilang di Jepun.
Langkah itu diambil berikutan nilai matawang baht yang kian meningkat berbanding matawang asing utama lain.
Mazda akan memindahkan produksi CX-3 untuk pasaran Australia ke kilang di bandar Hofu, Yamagichi, Jepun pada Disember ini secara berperingkat-peringkat. CX-3 ialah model eksport utama Mazda dari Thailand.
Kilang Mazda di Thailand mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 135,000 unit. CX-3 mewakili 25,000 unit dengan 14,000 daripadanya dieksport ke Australia.

Baht merupakan antara matawang yang menunjukkan prestasi terbaik dalam kalangan pasaran membangun. Tahun ini, baht naik 8 peraus berbanding dollar Australia dan 6 peratus berbanding dollar Amerika.
Keputusan Mazda itu adalah sebahagian daripada situaso di mana banyak syarikat dilihat tergesa-gesa untuk mengubah suai strategi bagi melindungi diri akibat kenaikan nilai baht. Terdahulu, General Motor membuang 300 orang pekerja di Thailand dan output mereka turun 15 peratus untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Bank-bank di Thailand menjangkakan baht terus naik, sekali gus mencetuskan kebimbangan lebih banyak pengeluar akan mengikut langkah Mazda.
Kadar pertukaran matawang menyebabkan keuntungan operasi Mazda berkurang sebanyak AS$343 juta (RM1.4 bilion) dalam tempoh April hingga September.
sumber: Nikkei Asian Review