Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS CIVIC TYPE R, LAGI MURAH DARI SAGARU

Mahal ke kos servis sebuah kereta sport macam Honda Civic Type R FK8? Pada mulanya penulis merasakan kos servis dan penyelenggaraan model ini mesti membuatkan poket anda bocor setiap bulan. Tapi selepas melihat jadual penyelenggaraan yang dikeluarkan oleh Honda Malaysia, hmm tak adalah mahal sangat kan. Siap ada baki duit untuk beli durian musang king.

1. Minyak pelincir – kos penukaran minyak pelincir 0W-30 bagi Civic Type R ialah sekitar RM 217.07 bagi setiap kali servis. Jarak perbatuan akan ditentukan melalui sistem sensor yang akan memberikan peringatan kepada pemandu bila penukaran minyak pelincir perlu dibuat.

Semakin lama dipandu, minyak semakin likat dan sehinggalah satu ketika kelikatannya tidak lagi sesuai. Ingat enjin turbo akan menggunakan minyak pelincir bagi melancarkan putaran turbo shaft dalam sistem turbo. Semakin kuat anda lenjan, semakin cepat minyak pelincir teroksida dan menjadi berubah kelikatan.

2. Oil filter/penapis minyak enjin – Dah tukar minyak pelincir mesti la kena tukar penapis minyak enjin. Murah jer bro, RM 34.10 sahaja per unit. Belanja awek tengok wayang lagi mahal.

3. Penapis udara/air filter – Honda mencadangkan agar penapis udara ditukar pada setiap 30,000km sekali. Kos penukaran penapis udara adalah sekitar RM 99.59 sahaja per unit. Penapis udara Honda ini istimewa sikit sebab ia disalut dengan lapisan minyak bagi menyerap habuk dengan cekap.

Kalau salut coklat mungkin murah sikit

4. Penapis kabin / dust&pollen filter – yang dipasang bersama unit penyaman udara agar udara yang disejukkan tidak mengotorkan unit cooling coil. Harga yang ditetapkan ialah sekitar RM 103.00 per unit dan perlu ditukar pada setiap 30,000km

5. Minyak transmisi manual dan drain plug – ya kereta manual masih perlu ditukar minyak yang ada dalam sistem agar ia berfungsi dengan sempurna. Kos penukaran minyak transmisi manual ini ialah RM 68.23 tidak termasuk upah. Ia perlu ditukar bagi setiap 120,000km. Jauh lagi bang, silap-silap masa tu dah jual kereta dah.

6. Minyak brek – brek sebenarnya cecair yang mampu memerangkap lembapan dari udara. Apabila ia dicemari dengan wap air, wap air akan menjadi bubble ketika sistem menjadi panas. Tekan pedal brek pun rasa spongy. Jadi minyak brek perlu ditukar pada setiap 60,000km dengan kos RM 37.66.

7. Penapis petrol dan retainer – ha ini perkara wajib yang perlu ditukar. Kalau tak buat kotoran dan enapan dari petrol akan memasuki sistem tiub petrol. Panjang cerita bro. Kos dia keras sikit, RM 1056.38 dan perlu dibuat pada 110,000km.

8. Palam pencucuh – ini satu lagi komponen yang perlu ditukar pada setiap 100,000km. Kosnya ialah RM 302.80 bagi 4 unit palam pencucuh iridium. Kalau pakai Uranium mungkin mahal lagi.

9. Cecair penyejuk enjin – Honda menggunakan cecair penyejuk yang tahan lama dimana ia hanya perlu ditukar bagi setiap 200,000km. Kos penukaran cecair penyejuk ini adalah sekitar RM 143.61. Kalau anda ada bos yang mudah marah, letakkan sesudu dalam kopinya setiap pagi. Nanti dia mudah sejuk

10. Brek- Honda menetapkan supaya sistem brek perlu diperiksa oleh juruteknik mereka setiap kali servis atau 10,000km sekali dengan kos RM 9.50 je. Kalau nak jimat cakap sahaja brek masih ok dan anda sudah cek sendiri (bapak kedekut)

Corrective Maintainance

11. Sekiranya perlu mereka akan menasihatkan anda supaya menukar pelapik brek. Kos alat ganti penukaran pelapik brek depan dan belakang ialah RM 3473.11 termasuk kos upah. Harga ini dah termasuk diskaun 15% daripada Honda Malaysia.

Ok la jenama Brembo, takkan nak pakai pelapik brek Kancil kan

12. Tayar -Civic Type R FK8 menggunakan tayar OEM yang dibekalkan dengan Continental Sport Contact 6 dengan saiz 245/30 ZR 20. Ada banyak pilihan tayar untuk anda, jadi kos tayar boleh cari sendiri. Jangan kangkangkan tayar kereta ini, nanti abam karate batang hidung.

Inilah kos preventive maintenance bagi Civic Type – R. Sebagai perbandingan adil, kos untuk membela Civic Type R sehingga 110,000 km ialah sekitar Rm 2681.48 termasuk alat ganti, upah dan SST. Kos penyelenggaraan Proton Saga auto ialah sekitar RM 3642.56 bagi 110,000 kilometer yang sama.

Murah kan, haa jom la beli. Nah ini jadual penuh servis Honda Civic Type R kalau anda tak percaya.

Google ads
Back to top button