FALKEN ZIEX ZE310R ECORUN. TEKNOLOGI NANO DESIGN, LEBIH SENYAP, MENCENGKAM. TAWARAN SAIZ 15 HINGGA 18 INCI
Falken bukanlah jenama baru di pasaran kerana jenama ini telah dipasarkan semenjak tahun 1983 di Jepun menerusi pemilik jenama Falken iaitu Sumitomo Rubber Industries. Jenama Falken melebarkan pasaran mereka di benua Eropah pada tahun 1988 dan Amerika pada tahun 1991.
Salah satu cara untuk membangunkan produk yang bagus bagi pasaran pengguna ialah dengan mula melibatkan diri dalam dunia perlumbaan antarabangsa seperti ADAC 24th Race di litar Nurburgring Jerman pada tahun 1999. Penyertaan itu adalah untuk menunjukkan keupayaan tayar dalam memberikan prestasi maksimum dalam apa jua cuaca.
Falken juga cemerlang pada perlumbaan ALMS Petit Le Mans apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam kelas GT. Jentera Porsche 911 yang disediakan oleh ketua pasukan Derrick Walker itu dipandu oleh pelumba pasukan Porsche Works dan Falken iaitu Wolf Henzler, Bryan Sellers dan Nick Tandy dari Bedford, UK.
Pada tahun 200, Falken bekerjasama dengan pakar Subaru iaitu MRT Performance Workshop dan bekas juara Formula 2, Brett Middleton yang memandu jentera Subaru Impreza WRX STi dalam Kejohanan Rali Australia.
Ini bermakna jenama Falken sudah lama berada di pasaran dan mendapat kepercayaan untuk dijadikan sebagai pembekal OEM oleh syarikat automotif di seluruh dunia.
Pada tahun 2021, Falken menghasilkan satu lagi model baru tayar mereka yang diberi nama Falken ZIEX ZE310R Ecorun (ZE310R). ZE310R merupakan versi ‘baby’ untuk Azenis FK510 yang memanfaatkan segala teknologi FK510.
Tayar baharu ini dihasil menerusi kajian intensif untuk menghasilkan material getah sintetik multi-fungsi iaitu SBR (Styrene Butadine Rubber) serta getah polimer bersama silika yang telah diperkukuhkan dan diberi nama Advance 4D Nano Design.
Hasilnya, sebatian tayar ZE310R lebih stabil pada rantaian molekul polimer dan kurang menghasilkan haba ketika beroperasi. Ia menjadi lebih mencengkam di atas jalan kering dan basah, cukup sesuai dengan cuaca tropika Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
“Dengan melakukan penjajaran, imbangan tayar secara berkala serta pemanduan berhemah, ZE310R mampu menawarkan jarak perbatuan yang lebih jauh,” jelas pakar tayar, Encik Moo.
Teknologi tersebut nyata menjadikan pembelian tayar Falken ini sangat berbaloi.
Salah satu aspek yang dipertingkatkan oleh Falken ialah ZE310R juga lebih senyap sekitar 4% peratus berbanding model lama. Fokus Falken pada kali ini ialah pengguna kereta sedan, kompak dan SUV dengan pelbagai jenis saiz untuk dipilih.
ZE310R kini terdapat dalam 63 saiz berbeza bermula dari 15 inci sehingga 18 inci. Malah, lebih banyak saiz bakal ditawarkan pada masa akan datang.
Dari segi rekaan bunga tayar, ia hampir sama dengan rekaan Azenis FK510. Teknologi Kawalan Regangan (TCT) menambah baik fleksibiliti dinding bahagian dalam dan tepi tayar. Manakala ciri Adaptive Constant Pressure (ACP) pula berfungsi mengoptimumkan ketegaran blok tayar. Tujuannya adalah untuk memastikan contact patch tayar sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Bagi menangani isu aquaplaning, ZE310R dipadankan dengan 3 groove atau longkang bagi tayar dengan kelebaran kurang 195mm dan 4 groove atau longkang bagi tayar dengan kelebaran melebihi 205mm.
Rekaan sebegini membolehkan air disingkir dengan pantas serta respon stering yang cepat.
ZE310R sesuai untuk pemandu yang memerlukan tayar dengan tindak balas yang bagus. Pada masa sama ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik, walaupun masih dikategorikan sebagai tayar Eco.
Menjadi antara tayar terbaik di pasaran, ZE310R telah menerima banyak pengiktirafan di peringkat gobal.
Antaranya ialah dalam ujian tayar musim panas oleh Autobild Vorbildlich pada tahun 2018, ACE Test (2019), TCS Switzerland (2019), ujian tayar ARBO (2019), AUTO Strassenverkehr (2021), Automotorsport (2021) dan Autobild Allrad (2021).
Inilah pilihan terbaik jika anda memerlukan satu set tayar baru pada harga mampu milik, berkualiti tinggi bagus serta jaminan pengeluar. Pelanggan perlu menyerahkan resit pembelian dan hantar tuntutan kepada pengedar Falken yang di mana mereka membeli tayar tersebut.
Dengan semua kelebihan ini, mungkin ZE310R adalah tayar yang sesuai dengan citarasa dan gaya pemanduan anda.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Falken Tyres atau ZE310R, kunjungi Stamford Tyres Retail Outlet: Glenmarie Tyre Mart (017 669 1219 HWA), Cheras Tyre Mart (019 731 7988 JAMES).
Selain itu, anda boleh layari laman web Stamford Tyres di www.stamfordtyres.com.my atau di Instagram atau Facebook mereka @FalkenMalaysia.
GALERI