Motosikal

APRILIA SHIVER 750 CKD – RM43,888

Pengedar tunggal motosikal jenama Aprilia di Malaysia, NAZA Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) mengujakan para peminatnya tersebut apabila memperkenalkan model Aprilia Shiver 750 CKD.

Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (21)

Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengilangkan Shiver 750 di luar Itali. Kejayaan itu adalah hasil perjanjian kerjasama di antara Naza Premira dan Piaggio Group.

Jentera tersebut ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM43,888 seunit (tidak termasuk insurans) dan jaminan kilang selama dua tahun. Ia bakal dipasang di kilang Naza di Shah Alam mulai awal tahun depan.

Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (19)

Kilang itu memiliki kapasiti untuk mengeluarkan 1,200 unit motosikal setahun. Namun, Naza Premira tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 3,000 hingga 5,000 unit setahun sekiranya ia perlu memenuhi keperluan pasaran rantau ASEAN.

Dengan pelaburan lebih RM 6 juta yang merangkumi kos operasi dan inventori, Naza Premira mensasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 600 unit Shiver 750 pada tahun 2015. Buat masa sekarang, model itu hanya untuk pasaran tempatan dan tidak akan diimport.

SONY DSC

Aprilia Shiver 750 dipilih untuk program CKD kerana pasaran motosikal naked dilihat kian berkembang di Malaysia.

“Kami sudah berjaya dengan skuter Vespa dan Piaggio di rantau ini. Justeru, kami ingin membina hub serantau untuk jenama Aprilia di negara ini menerusi kerjasama dengan Naza dan kerajaan Malaysia,” jelas Pengarah Urusan Piaggio Asia Pacific Ltd., Simone Nikolai.  

SONY DSC

Jentera naked berkuasa sederhana itu mula diperkenalkan ke pasaran global pada tahun 2007. Ia pantas mendapat perhatian ramai kerana memiliki personaliti tersendiri dan teknologi yang revolusionari.

Malah, Shiver 750 merupakan jentera pertama yang dilengkapi teknologi pendikit elektronik Ride by Wire. Untuk model tahun 2015, ia akan dipasang dengan teknologi pendikit Ride by Wire generasi kedua. Aspek ergonomiknya juga telah ditambah baik.

SONY DSC

Harus tahu bahawa spesifikasi Shiver 750 CBU dan CKD adalah sama. Jadi, motosikal itu dijana oleh unit enjin  90° V-twin yang dipasang pada kerangka modular trellis aluminium. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 85hp @ 9.000rpm dan tork maksimum 81Nm @ 7,000rpm.

Pengendaliannya kemudian dimantapkan lagi dengan sistem pengurusan elektronik termaju. Ini menjadikannya sesuai untuk ditunggang oleh penunggang mahir atau amatur. Didatangkan dalam warna merah dan hitam, Shiver 750 menawarkan posisi tunggangan yang sporty.

Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (1)

Bagi menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualan, Naza Premira akan menambah jumlah rangkaian pengedarnya daripada dua kepada sembilan di Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2015.
[hr]GALERI 

Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (2)Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (3)Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (4)Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (5)Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (9)Aprilia-Shiver-750-CKD-mekanika (8)SONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button