Buletin

FORD BAKAL BANGUNKAN TOPENG PERNAFASAN LUTSINAR SETANDING N95

Ford Motor Company yang terkenal dengan pembikinan kenderaan akan membangunkan topeng muka lutsinar dalam berdepan pandemik Covid-19.

Menurut syarikat terbabit, pihaknya telah menerima paten bagi topeng pernafasan lutsinar yang mampu berfungsi setanding topeng N95.

“Salahh satu perkara yang hilang ketika berdepan pandemik merupakan kuasa sebuah senyuman.

“Topeng ini akan meningkatkan kemudahan interaksi antara jiran, di kedai-kedai dan tidak dilupakan bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran,” kata Naib Presiden Ford, Jim Baumbick dalam satu kenyataan.

Menurut Ford lagi, mereka yang menghadapi masalah pendengaran, pelitup muka menutup bibir dan mengganggu suara.

Justeru,  topeng pernafasan lutsinar mampu memudahkan lagi komunikasi kepada golongan itu.

“Topeng tertutup mengurangkan tahap kelantangan sebanyak 10 desibel. Ia sangat banyak.,” kata Dr. Sheri Mello, seorang ahli audiologi di Raleigh, North Carolina, kepada CNN.

Pada masa sama, topeng N95 dianggap topeng terbaik untuk digunakan dalam pandemik, kerana kemampuannya menapis 95 peratus partikel.

Topeng pernafasan lutsinar masih di peringkat ujian dan Ford berharap ia akan boleh mula digunakan pada musim bunga ini. – CNN

Google ads
Back to top button