Buletin

2 UNIT FORD MUSTANG CRASH TEST UNTUK DIJUAL. TAPI NAK BUAT APA?

Kalau nak diikutkan, kita memang tidak pernah terfikir untuk membeli kereta yang digunakan untuk tujuan ujian pelanggaran.

Namun kini, ada dua unit Ford Mustang yang sudah remuk sedia untuk dijual. Mustang berwarna kuning dan merah itu kini dijual oleh pihak GSA Auctions selepas ia siap menjalani ujian pelanggaran oleh NHTSA.

Kedua-dua kereta itu berada di Buffalo, New York. Tiada perincian sama ada ia masih boleh dibaiki atau dipandu. Jadi, kenapa ada yang berminat untuk membelinya? Sudah pasti untuk mendapatkan alat gantinya.

Ketika artikel ini ditulis, Mustang berwarna merah telah menerima bidaan sebanyak AS$1,247 (RM5,000). Manakala model kuning sudah mencecah harga AS$2,469 (RM10,000).

Jentera varian entry level tersebut menggunakan enjin EcoBoost empat silinder bersesaran 2.3 liter.

Memandangkan ia hanya digunakan untuk ujian pelanggaran sisi, maka besar kemungkinan enjin kotak gear manual (Mustang kuning) dan automatik (Mustang merah) masih berada dalam kondisi terbaik.

Alat-alat ganti lain juga boleh diambil. Misalnya rim dan tayar yang tidak terjejas akibat ujian berkenaan. Brek dan sistem ekzos juga masih berada dalam kondisi baru.

Beberapa panel badan boleh dijual. Ini termasuklah pintu penumpang dan banyak lagi. Kalau rajin, memang boleh buat duit ni…

GALERI

Google ads
Back to top button