Pandu Uji

FORD ECOSPORT DIPERKENALKAN

Pengedar kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connection (SDAC) semalam melancarkan SUV urban Ford EcoSport serba baharu. 

Ford-EcoSport-diperkenalkan-mekanika (5)

Sudah pun berada di semua bilik pameran Ford di seluruh negara, EcoSport didatangkan dalam dua varian iaitu Trend dan Titanium. Ia boleh anda miliki pada harga RM92,888  dan RM103,888 (di atas jalan termasuk insurans).

“Pelancaran EcoSport menjadi satu lagi bukti terhadap strategi transformasi berasaskan kepada produk kami di Malaysia. Ia menjanjikan keseronokan, kebebasan dan keterujaan tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman. 

SONY DSC

Dibina berdasarkan kepada platform segmen B global Ford seperti Ford Fiesta, EcoSport menggabungkan elemen kelincahan, mampu milik dan kecekapan penggunaan bahan api sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, gaya dan posisi sebuah SUV.

SONY DSC

EcoSport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder global Ford bersesaran 1.5 liter twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT). Mampu menjana sehingga 110PS dan tork puncak mencecah 142Nm, enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan yang ultra efisien. Bersama ciri Select Shift, ia mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga  15.4km/L dan emisi karbon dioksida 154g/km.

SONY DSC

EcoSport Trend didatangkan dalam tiga warna iaitu merah, kelabu dan putih. Sementara varian Titanium pula hadir dalam warna merah (Mars Red), biru, kelabu dan putih.

EcoSport membuatkan pemanduan lebih seronok dan intuitif dengan barisan ciri pintar. Ini termasuklah sistem ketersambungan di dalam kereta yang diaktifkan melalui suara, Ford SYNC. Buat pertama kalinya di Malaysia, Ford SYNC boleh didapati dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Ford-EcoSport-diperkenalkan-mekanika (9)

Antara ciri pintar dan memudahkan pengguna ialah lampu yang menyala selama beberapa saat selepas enjin kereta dimatikan (follow-me-home lights), Rear Parking Aid dengan Park Pilot dan cemin pandang belakang anti-silau.

Varian EcoSport Titanium juga dilengkapi sistem kemasukan pintar tanpa kunci (Smart Keyless Entry) dengan butang Push Start Ford, penggilap cermin, lampu utama automatik dan  bumbung suria.

Ford-EcoSport-diperkenalkan-mekanika (4)

Ruang kargo belakangnya juga cukup versatil. Apabila tempat duduk belakang dilipat ke arah kerusi hadapan, ruang but mencecah 705 liter, cukup besar untuk meletak sebuah mesin basuh.

Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 untuk mengangkut objek-objek yang panjang seperti pek perabut, pada masa yang sama boleh membawa penumpang di belakang.

Ford-EcoSport-diperkenalkan-mekanika (2)

Tahap kelegaan tanah setinggi 200 milimeter SUV urban ini bermakna para pemandu tidak perlu bimbang ketika melalui bonggol dan lubang. Dengan kemampuan mengharung air setinggi 550 milimeter, pemandu boleh memandu dengan yakin terutama ketika musim tengkujuh.

Untuk menghilangkan tekanan ketika memandu, EcoSport juga hadir bersama pelbagai sistem bantuan pemandu serta ciri keselamatan. Electronic Stability Program (ESP) dengan Traction Control System (TCS) membantu pengguna mengawal kenderaan sepanjang masa, terutama di atas jalan yang licin.

Ford-EcoSport-diperkenalkan-mekanika (7)

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Passive Anti-Theft System (PATS) dengan Pelumpuh Enjin, tali pinggang keledar pra regangan, teknologi Ford BeltMinder dan poin cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Sebagai tambahan, varian EcoSport Titanium dilengkapi tujuh beg udara sebagai standard – beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, beg udara sisi, curtain dan pada bahagian lutut pemandu.

SONY DSC

Sama seperti semua kenderaan penumpang Ford yang ditawarkan di Malaysia, EcoSport serba baharu hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford untuk memberi ketenangan minda kepada pelanggan tanpa kos ekstra. ESP Ford adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut merangkumi penggantian beberapa alat ganti terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button