
FORD FIESTA DITAMATKAN PENGELUARAN SELEPAS 47 TAHUN DIHASILKAN
Pada 7 Julai 2023 nanti, Ford Fiesta terakhir yang dihasilkan oleh Ford selepas berada di pasaran selama 47 tahun. Ford Fiesta dihasilkan mulai tahun 1976 bagi generasi pertama dan generasi terakhir merupakan generasi ke 7 yang dihasilkan dan dipasarkan mulai tahun 2017
Salah satu fasiliti pemasangan Ford berada di Cologne, Jerman akan ditukar menjadi fasiliti pemasangan Ford Explorer EV yang baru iaitu sebuah SUV elektrik. Pasaran pada hari ini memberi fokus kepada kenderaan yang digemari oleh pengguna iaitu SUV dan juga lebih mesra alam seperti kereta elektrik
2 daripada unit terkahir ini akan disimpan di Cologne, Jerman dan satu lagi akan disimpan di United Kingdom dimana kedua-dua negara ini adalah pasaran terbesar bagi Ford Fiesta. Populariti Ford Fiesta semakin menurun selepas Ford Puma iaitu SUV yang diasaskan dengan menggunakan platform Ford Fiesta
Di sesetengah negara, Ford Fiesta generasi ke 6 lebih dikenali terutama bagi varian prestasi tinggi ST yang pernah dijual di Amerika manakala varian 1000cc 3 silinder Ecoboost pernah dipasarkan di negara kita pada tahun 2014 dengan menggunakan transmisi 6 kelajuan klac berkembar
Buat masa ini Ford masih tiada perancangan untuk menggantikan Ford Fiesta yang bakal ditamatkan pengeluaran nanti manakala Ford Puma yang diasaskan daripada platform Fiesta terus menerima sambutan baik di United Kingdom sehingga disenaraikan sebagai antara 10 kereta paling laris.
Bagi pasaran United Kingdom, Ford Puma ditawarkan dalam beberapa versi seperti 1000cc 3 silinder EcoBoost, 1500cc 3 silinder EcoBoost, 1000cc EcoBoost Hybrid dan juga 1500cc EcoBlue Diesel. Dalam video selamat tinggal yang dihasilkan oleh Ford, ia seperti membayangkan Ford Fiesta akan digantikan dengan model elektrik sepenuhnya nanti



