Buletin

JOBY DAPAT PENSIJILAN LAYAK TERBANG ISTIMEWA, BOLEH TERBANGKAN PROTOTAIP EVTOL – TOYOTA PEMEGANG SAHAM LUAR TERBESAR

Pada Januari 2020 kami pernah laporkan tentang pelaburan besar Toyota di dalam sebuah syarikat pesawat elektrik Joby Aviation.

Perkhabaran baharu ialah syarikat telah pun menerima Pensijilan Layak Terbang Istimewa untuk pesawat pertama yang dipasang di California, Amerika Syarikat.

Pensijilan yang dikeluarkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) membolehkan Joby memulakan ujian penerbangan prototaip produksi pertama itu.

Pesawat itu dijangka menjadi eVTOL (electric vertical take-off and landing) pertama yang diserahkan kepada pelanggan dan akan dihantar ke Pangkalan Tentera Udara Edwards pada 2024.

Penyerahan itu adalah sebahagian daripada kontrak Agility Prime syarikat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat yang bernilai sehingga AS$131 juta.

Joby sudah pun menerbangkan pesawat saiz penuh sejak 2017 dan pesawat pra-produksi prototaip telah diterbangkan melebihi 30,000 batu sejak 2019.

Toyota memainkan peranan di dalam reka bentuk barisan pengeluaran awal, pengeluaran dan pemasangan pesawat Joby.

Toyota merupakan pemegang saham luar terbesar Joby dan telah melabur sekitar AS$400 juta di dalam syarikat.

eVTOL Joby 2020

Baru-baru ini kedua-dua syarikat telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang untuk pembekalan rangkaian kuasa dan komponen penggerakan (actuation).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutf Toyota Amerika Utara, Tetsuo Ogawa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bermula 1 Julai 2023.

Joby merancang untuk memulakan operasi penumpang komersial pada 2025 dan baru-baru ini telah bekerjasama dengan Delta Air Lines.

Kerjasama itu melibatkan perjalanan bebas emisi bagi pelanggan Delta Air Lines menuju dan dari lapangan terbang.

BACA: TOYOTA LABUR RM1.6B DALAM SYKT. eVTOL JOBY

BACA: AUTOFLIGHT GEN4, EVTOL (KERETA TERBANG) DENGAN JARAK PALING JAUH SETAKAT INI!

BACA: SUZUKI TANDATANGAN PERJANJIAN DENGAN SKYDRIVE, KELUARKAN KERETA TERBANG!

Google ads
Back to top button