Buletin

FORD FIESTA – SERENDAH RM568 SEBULAN

Ford baru-baru ini memperkenalkan pelan bayaran bulanan baharu yang menawarkan orang ramai peluang untuk memiliki Ford Fiesta 1.5L dengan bayaran serendah RM568 sebulan

SONY DSC

Promosi ini sah mulai sekarang hingga 30 April 2014.

Ford Fiesta baharu merupakan gabungan terbaik daripada apa yang para pelanggan jangkakan terhadap kenderaan Ford iaitu  penampilan bergaya, teknologi pintar dan selamat, penjimatan bahan api, prestasi serta kualiti.

SONY DSC

Jentera itu menyediakan teknologi-teknologi yang mendahului kelasnya seperti Ford SYNC. Ia membolehkan pemandu menjawab panggilan telefon dan memilih muzik daripada peranti yang disambungkan menerusi Bluetooth® atau USB, selain mendengar mesej dengan hanya menggunakan arahan suara.

Dikuasakan oleh unit enjin petrol empat silinder global bersesaran 1.5 liter Ti-VCT, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 82 kW (112 PS) @ 6,300rpm dan tork puncak 140 Nm @ 4,400rpm.

SONY DSC

Fiesta baharu hadir dalam dua varian iaitu Sport lima pintu yang didatangkan dalam warna biru, putih, kelabu, merah dan oren. Sementara varian empat pintu Titanium pula hadir dengan warna merah, putih, perak dan kelabu.

Ford faham bahawa keselamatan sering menjadi pertimbangan utama ketika membeli kenderaan. Sebab itulah semua pemilik Fiesta baharu akan menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000 km.

Ford-Fiesta-RM568-Mekanika (9)

Bagi menambah ketenangan minda dan sama seperti semua kenderaan penumpang Ford, Fiesta hadir dengan Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP), satu program penyelenggaraan yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km, mana-mana tiba dahulu.

Maklumat lanjut mengenai promosi pelan bayaran bulanan yang rendah untuk Fiesta baharu, sila layari laman web: www.ford.net.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button