
FORD TAYANG EXPLORER PADA PUNCAK MENARA SETINGGI 47 METER DI NORWAY
Ford menggunakan menara mendaki tertinggi di dunia, OVER dalam cabaran Explore New Heights yang menyasarkan penerokaan baharu kepada para pendaki.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Explorer Plug-in Hybrid (PHEV) telah diletakkan pada puncak menara berkenaan yang memiliki ketinggian melebihi 47 meter terletak di Lillesand, Norway.
Dalam cabaran tersebut, para pendaki perlu memanjat menara itu untuk merebut peluang memenangi pinjaman sebuah Explorer PHEV baharu selama dua tahun tanpa bayaran.

Projek itu membabitkan perancangan selama enam bulan termasuk pemeriksaan jurutera dan arkitek untuk memastikan OVER dan platformnya mampu menampung Explorer PHEV.
Ada 14 pendaki mengambil bahagian dalam cabaran itu dan pemenang ialah Leo Ketil Boe berumur 21 tahun yang mencapai puncak Over dalam masa 3 minit 33 saat.

Ford Explorer PHEV itu akan berada di atas menara OVER sehingga 27 Ogos ini. Orang ramai yang mahu merakam gambarnya boleh memanjat tembok itu atau menggunakan laluan tangga.
Setiap individu yang sampai ke platform OVER, mereka akan diberi baju-T edisi terhad. SUV itu diletakkan di atas struktur OVER dengan bantuan kren. Jom tonton video ini. – autoevolution/autoindustriya