Buletin

FOTO PROTON SAGA R3 LIMITED EDITION BOCOR. ADA KEMASAN KUNING DAN GRAFIK BAHARU PADA SISTEM INFOHIBUR

Tinggal dua hari lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2021. Penularan wabak COVID-19 bermula pada Mac membuatkan 2020 sebagai tahun tidak akan dilupakan oleh kita semua. 

Semua sektor ekonomi terjejas akibat wabak berkenaan dan industri automotif tidak terkecuali. Selepas mengalami graf jualan yang menjunam selama beberapa bulan, industri ini kembali bangkit berikutan insentif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan. 

Sebelum menutuo tirai 2020, kami ingin belanja sikit foto model Proton yang bakal menerima sentuhan R3 Limited Edition selain Iriz. Memetik laporan portal Careta, foto ruang dalaman itu jelas menunjukkan ia merupakan model Proton Saga facelift. 

Perubahan paling ketara pastinya kemasan kuning pada kluster meter, butang kawalan pada stereng dan bahagian bawah corong pendingin hawa. Sistem infohibr juga dilengkapi grafik R3 Limited Edition. 

Warna kuning terus digunakan sebagai benang jahitan pada stereng dan tempat duduk. Logo R3 yang disulam dengan benang berwarna kuning dan putih turut diletakkan pada bahagian penyandar. 

Sedia maklum bahawa Proton sebelum ini ada melancarkan model Saga Anniversary Edition yang menyaksikan beberapa komponen luaran dan dalamannya menerima calitan berwarna kuning. Belum dapat dipastikan sama ada ini model tambahan atau untuk menemani Iriz R3 Limited Edition. 

Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Proton tidak lama lagi. – Careta 

Google ads
Back to top button