
PROTON SATRIA NEO R3 LOTUS RACING EDITION! PALING RARE!
Tahukah anda pada Pada tahun 2010, Proton telah memperkenalkan kereta ini. Proton Satria Neo edisi terhad yang dinamakan sebagai Satria Neo Lotus Racing. Ia adalah Neo termahal dan malah yang paling mahal pernah dijual dalam keluarga Campro.

Tapi, ia bukan kereta sebarangan yang dibuat tukar bodykit bumbung hitam dan side mirror merah, Neo Lotus ini direka oleh oleh pasukan R3 dengan gaya British Lotus yang menawan. Malah, pada standard hari ini, Neo Lotus ni memang nampak sporty dan cantik!
Ia bukan sahaja datang dengan warna British Racing Green yang ikonik tetapi juga banyak yang telah dilengkapkan padanya. Harganya 10 tahun lepas ialah Rm115K!.


Berikut ialah perincian yang masih saya ingat.
- Chasis dia sama dengan Neo – mengikut engineer, chasis ni memang dah cukup kuat untuk 145hp, malah ia boleh tampung lebih dari itu, so memang confirm tiada spotweld atau strengthtened dibuat. Strut brace pun tak payah.
- Suspensi OHLINS – Ohlins dual flow Ohlins valve ni memang berbeza dengan jenis konvensional mono. Supaya kereta ni dapat jadi trek car yang boleh dipandu hari-hari.
- Bonet depan karbon fibre dan fender FRP. Total weight saving 50kg lebih. Tujuannya supaya pembahagian berat depan belakang jadi lebih bagus.
- Brek AP Racing memang sedap-bukan sahaja sedap, AP Racing adalah OEM brek model Lotus.
- Engine upgrade ialah cam profile, gear 1-4 yang ditukar kepada ratio yang lebih pendek ECU yang telah diprogramkan semula.
- Trimming pintu belah atas kulit, lepas jalur kuning ada pulak karbon fibre.
- Seat dia cun. Tapi saya lagi prefer kalau diorang boleh sub kepada Recaro.
- 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.
Terbaru, kami dapat bertemu dengan salah satu dari 25 unit tersebut. Dan ia masih disimpan dalam keadaan yang sangat baik.
Jangan lupa selepas tonton video, like, share dan subscribe channel mekanika!