Artikel Pilihan

FRANK STEPHENSON: PEREKA KERETA COMEL DAN SUPER

Namanya mungkin jarang sekali disebut oleh peminat automotif, namun Frank Stephenson merupakan jurureka bentuk yang bertanggungjawab mengilhamkan bentuk Maserati GranSport, Ferrari F430, Fiat 500, Mini Cooper, dan beberapa model ikonik McLaren

Biografi

Frank dilahirkan di Casablanca, Maghribi pada tahun 1959. Bapanya merupakan keturunan Norway namun memegang kerakyatan Amerika manakala ibunya berasal daripada Sepanyol. Dia dibesarkan di Malaga Sepanyol dan juga Turki. Namun dia menghabiskan persekolahan di Madrid.

Disebabkan minat yang mendalam, Frank melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design di California dan menamatkan pengajian pada tahun 1986. Salah satu kebolehan Frank ialah dia mampu berbahasa Arab, Itali, German, Sepanyol dan Inggeris. Berikut ialah hasil idea Frank dalam automotif.

Ford Escort RS Cosworth 1986

Frank bekerjasama dengan Stephen Harper semasa mengilhamkan Ford Escort RS Cosworth ini. Model ini terkenal dengan rekaan Wing GT berkembar yang cukup ikonik pada ketika itu. Rekaan asal Frank ialah GT Wing 3 lapis, namun atas faktor kos pengeluaran ia hanya terhad pada 2 lapisan sahaja

Bayangkan betapa gembiranya rakyat Malaysia kalau dapat spoiler macam ni.

Mini Cooper 2001

Frank kemudian bertukar angin ke BMW dan berkhidmat di sana selama 11 tahun sehingga dia dilantik sebagai Juru Rekabentuk Kanan. Disini Frank memberi definasi baru pada model Mini Cooper selepas syarikat tersebut diambil alih oleh BMW. Rekaan ini berjaya menambat hati juri sehingga ia berjaya memenangi anugerah Car of The Year Award Nort America tahun 2003.

Kereta ini juga menarik perhatian sekumpulan perompak untuk mencuri jongkong di Los Angeles (eh ini filem kan).

Ferrari-Maserati

Selepas berjaya dengan Mini, Frank ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Ferrari-Maserati Concept Design bermula pada tahun 2002. Antara hasil tangan Frank ialah Ferrari FXX, F430, Maserati GranSport dan Maserati MC12. Frank juga bertanggung jawab menyelia hasil rekaan Pininfarina untuk model Maserati GranTurismo dan juga Ferrari Scaglietti.

Maserati GranTurismo

Berbeza dengan Ferrari yang mengekalkan konsep 2 tempat duduk, Maserati tampil sebagai sebuah GranTourer atau kereta sport yang selesa untuk perjalanan jarak jauh. Model ini direka oleh studio Pininfarina dibawah seliaan Frank. Namun enjin untuk kereta ini masih lagi dibekalkan oleh Ferarri.

Fiat 500 2007

Bagi memulihkan imej dan prestasi perniagaan Fiat, Frank diamanahkan untuk mengetuai Fiat Lancia and Commercial Styling Center di Turin Itali pada tahun 2005. Di sini Frank membantu usaha Roberto Giolito yang memulakan konsep Fiat 500 dari kereta konsep ke pengeluaran. Model ini berjaya memenangi anugerah European Car of The Year tahun 2008.

McLaren 12C

Seperti biasa Frank akan menjadi cepat bosan dengan kariernya dan meninggalkan Itali pada April 2008 bagi memulakan kerjaya baru sebagai Pengarah Rekabentuk McLaren Automotive. Frank mula mengilhamkan model MP4-12C, P1, 675LT, 570S dan juga 720S. Ia merupakan model pertama yang direka dan dibuat sepenuhnya oleh McLaren Automotive.\

Rekaan ini mengetengahkan konsep coupe 2pintu dengan bumbung yang boleh dilipat dan disimpan. Enjin kereta ini menggunakan susunan V8 dengan teknologi turbo berkembar. Rekaan ini menerima anugerah Car of the Year Award 2012 untuk pasaran Asia Barat.

Selepas menamatkan kerjaya bersama McLaren Automotive pada tahun 2017, beliau menubuhkan Frank Stephenson Design Studio untuk memberi fokus pada rekabentuk industri. Frank akan memulakan rekaannya dari papan lakaran digital, grafik 3D komputer dan juga model tanah liat.

Kelebihan menggunakan tanah liat ialah beliau boelh merasa permukaan rekaannya menggunakan tangan samada terlalu banyak permukaan ataupun kurang permukaan yang terdedah. Malah Frank turut bergurau dengan menyatakan dia boleh mereka kereta walaupun tanpa menggunakan mata.

“Anda tak perlu melihat rekaan tersebut namun perlu menjiwai dan menyentuh rekaan itu sama ada ia bagus ataupun tidak”

Tags
Google ads
Back to top button