GAC BAKAL LANCAR SUPERCAR ELEKTRIK, 0-100 1.9 SAAT JE!
Pengeluar automotif dari China, GAC bakal melancarkan sebuah supercar berkuasa elektrik yang berkeupayaan memecut sepantas 1.9 saat.
Supercar yang bakal duduk di bawah jenama Aion itu akan dikenali sebagai AS9, menampilkan bentuk badan jenis low-slung tipikal model supercar berenjin tengah, dengan garis badan yang dilihat menyamai model Ferrari SF90 Stradale.
Setakat ini tiada sebarang info lanjut berkenaan spesifikasi trenkuasa elektrik yang digunakan.
Namun sebagai makluman, jenama itu kini mempunyai penawaran yang paling berkuasa GAC Aion LX Plus yang menampilkan dua motor elektrik, kuasa output setinggi 725 hp dan pecutan 0-100 km/j sepantas 2.9 saat.
Laporan daripada Car News China mendedahkan harga jualan supercar Aion AS9 ini bermula sekitar 1,000,000 yuan (RM663,309), menjadikannya jauh lebih mampu milik berbanding supercar elektrik Tesla Roadster, ataupun hypercar produksi terhad seperti Rimac Nevera dan Lotus Evija.