Buletin

GADUH PASAL TANAH, 3 MAUT KENA GILIS TRAKTOR

Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut dipercayai digilis traktor dipandu seorang lelaki di Madhya Pradesh, daerah Hoshangabad, New Delhi, India.

Mangsa dikenali sebagai Rajendra Yaduvanshi, 35; Kunwar Yaduvanshi, 32 dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki dipercayai dengan sengaja melanggar ketiga-tiga individu itu selepas berlaku pertikaian berhubung tanah.Ia hanya disedari selepas lelaki itu menyerah diri di balai polis bersama traktor dipandunya.

Suspek kini ditahan atas kesalahan membunuh, kata polis.

Sejak kejadian itu, pihak polis berkumpul di kampung berkenaan kerana dikhuatiri berlaku ketegangan di situ. – agensi

Google ads
Back to top button