" "
Buletin

SARD PERKENAL TOYOTA GR SUPRA A90 EDISI KHAS. 20 UNIT SAHAJA, HARGA RM490K

Pakar penala dan pasukan perlumbaan SARD yang berpangkalan di Jepun mendedahkan Toyota GR Supra A90 yang mendapat sentuhan terbaharu dari segi rekaan serta kuasa.

Mungkin ada yang tidak berapa mengenali SARD, pasukan perlumbaan ini menjadi pengeluar pertama dari Jepun menyertai perlumbaan Le Mans 24 Jam dan berlumba dalam Super GT kelas GT500.

Model edisi terhad yang mendapat sentuhan lebih agresif ini dan berkuasa ini dijual dalam kuantiti terhad sebanyak 20 unit sahaja pada harga 12.5 juta yen (RM490,000).

Berbanding model standard, Supra ini dilengkapi body kit lebih garang menyerlahkan lagi sisi sport jentera.

Selain itu, perbezaan lain termasuk di bahagian bampar hadapan dengan liang kemasukan udara lebih besar, liang udara tambahan pada bonet enjin dan spoiler gentian karbon di belakang.

Bampar belakang juga kelihatan lebih agresif, skirt sisi 3.4 inci lebih lebar berbanding model standard dan tip ekzos lebih besar.

Ia masih mengekalkan khidmat enjin 3.0 liter pengecas turbo tetapi telah mendapat sentuhan SARD memastikan jentera ini lebih berkuasa.

Supra terbaharu ini boleh menjana kuasa sehingga 493 hp pada 5,800 rpm dan tork 685 Nm berbanding enjin asal iaitu 382 hp serta tork 499 Nm sahaja.

Peningkatan kuasa berkenaan adalah disebabkan penggunaan pengecas  turbo BorgWarner yang lebih besar, bersama sistem ekzos lengkap SARD termasuk sport catalyzer dan juga muffler dihasilkan sepenuhnya dari titanium.

Casis Supra ini turut diperkuat melalui penambahan anti-roll bar, suspensi boleh laras dan brek Alcon dengan enam piston kaliper hadapan.

Bagi memastikan jentera ini lebih kemas dan garang, ia dilengkapi rim aloi 20 inci dibaluti tayar Bridgestone Potenza S007A. – carbuzz.

GALERI:

Google ads
Back to top button