Buletin

GANJARAN BUAT PEMINAT RANGER

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), rakan pengedar Ford Motor Company di Malaysia mengumumkan promosi akhir tahun istimewa untuk memberi ganjaran kepada  peminat Ranger di seluruh negara.

20151129_0451

Promosi berkenaan akan berakhir pada 13 Disember ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kunjungi  mana-mana bilik pameran Ford untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ford Ranger. Kemudian daftar minat anda dan jawab satu soalan mudah bagi peluang memenangi baucar membeli-belah.

Bukan itu sahaja, lima orang pelanggan bertuah yang menempah Ranger mulai 13 Disember dan mendaftarkannya sebelum 31 Disember akan memenangi 200,000 BIG Points. Ia bersamaan empat kali penerbangan pergi balik ke Australia.

20151129_0619

Sepanjang promosi, mereka yang memandu uji Ford Ranger baharu juga layak menerima organizer but kereta edisi terhad.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata Ford berbesar hati menawarkan promosi hebat bulan ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia meneroka Ranger baharu.

20151129_0026

“Ranger mengekalkan reputasinya sebagai pikap trak berketahanan tinggi, berkuasa dan pintar.

“Ini adalah cara kami berterima kasih kepada peminat Ranger dan mengalu-alukan lebih ramai pelanggan ke dalam keluarga Ford,” katanya.

20151130_0832

Promosi itu juga bagi meraikan dua pencapaian terkini yang diterima oleh Ranger baharu iaitu penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP dan Trak Pikap Terbaik dalam Anugerah New Straits Times-Maybank Car of the Year (COTY) 2015.

Maklumat lanjut mengenai Ranger, sila hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181 atau layari laman web: www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button