Motosikal

DUCATI 959 PANIGALE DILANCARKAN DI VALENCIA

Model Ducati Panigale didedahkan pada acara EICMA, Milan minggu lalu. Malah, sesi tunggang uji (23-27 November)  model tersebut oleh media antarabangsa sudah pun berlangsung di Litar GP Valencia, Sepanyol.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (8)

Selain 959 Panigale, Ducati  mendedahkan semua model yang bakal dilancarkan pada tahun depan. Model berkenaan ialah Xdiavel Cruiser, dua varian Scrambler (Sixty2 & Flat Track Pro), dua model Multistrada dan Hypermotard.

Model 959 Panigale 2016 telah melalui beberapa perubahan. Ini bagi memenuhi peraturan Euro 4 yang akan berkuat kuasa pada 2017.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (3)

Enjin Superquadro itu dikatakan lebih senyap dan efisien. Selain menerima peningkatan kapasiti, kuasa dan tork.

Sebelum ini, Ducati Panigale dilengkapi enjin 899cc. Untuk generasi terbaru ini, enjin tersebut ditingkatkan menjadi 955cc. Enjin silinder berkembar itu mampu menghasilkan kuasa 157hp @ 10,500rpm. Pertambahan kuasa sebanyak 9hp itu adalah hasil lejang omboh lebih panjang daripada 57.2mm kepada 60.8mm.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (7)

Tork model Itali itu juga lebih tinggi iaitu 107.4Nm @ 9,000rpm

Penambahbaikan yang lain termasuk light-action slipper klac,  fairing lebih lebar, reka bentuk pelana gaya 1299 dan swingarm 4mm lebih rendah.  Bagi memenuhi standard Euro 4, Ducati 959 Panigale dilengkapi ekzos yang berbentuk seperti senapah patah.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (9)

Bagaimanapun, pemilik boleh menggantikannya dengan aksesori after market iaitu  ekzos Akrapovic gaya 899. Untuk pembeli dari luar Eropah, 959 dibekalkan dengan silencer yang seksi.

Pada bahagian roda, Ducati memilih angkup Brembo M4.32 monoblok bersama cakera 320mm di hadapan dan cakera 245mm di belakang.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (5)

Cengkaman yang meyakinkan pula diserahkan kepada tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa.

Untuk suspensi, Ducati menggunakan Showa di depan dan Sachs di belakang. Ciri Bosch ABS didatangkan sebagai standard.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (4)

Penampilan model 2016 itu juga dilihat lebih segar. Ia merangkumi cermin angin hadapan yang lebar, lubang udara baharu pada fairing hadapan dan cermin sisi yang direka semula.

Bahagian belakang 959 yang serba baharu dibahagikan kepada dua bahagian. Secara visualnya, 959 memiliki imej model lebih berkuasa, 1299 Panigale.

ducati-959-panigale-2016-mekanika (11)

SPESIFIKASI

Sesaran: 955 cc

Gerek x  Lejang: 100 x 60.8 mm

Nisbah Mampatan: 12.5:1

Kuasa Maksimum: 157 hp @ 10,500 rpm

Tork Maksimm: 107.4 Nm @ 9,000 rpm

Transmisi: Kotak gear 6-kelajuan dengan Ducati Quick Shift (DQS)

Chasis: Aluminium Monokok

Tangki minyak: 17 liter

Berat: 200kg

Tinggi pelana: 830 mm

Jarak Roda: 1,431 mm

Tinggi x  panjang: 1115 mm x 2056 mm

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button