GARA-GARA TERTIDUR, PELANCONG PANIK GAGAL KELUAR DARI KERETA, HABIS BATERI
Seorang pelancong dari Belgium nyaris maut selepas tertidur di dalam keretanya di sebuah stesen minyak, sehinggakan bateri kenderaan itu mati, lapor laman berita VnExpress semalam.
Seorang pekerja di kedai serbaneka stesen minyak di daerah Mueang menyedari terdapat seseorang terperangkap di dalam kereta BMW itu sebelum meminta bantuan pada Jumaat lalu, lapor laman berita Khaosod.
Pekerja kedai itu memaklumkan kepada pasukan penyelamat selepas melihat pelancong tersebut tidak berjaya membuka pintu BMW berkenaan.
Pasukan penyelamat tiba dan mengarahkan lelaki itu untuk mencuba kaedah yang berbeza bagi membuka pintu kereta.
Namun, semua percubaan gagal.
Selepas dua jam, pelancong tersebut keletihan dan mengalami kesukaran bernafas, menyebabkan anggota penyelamat terpaksa memecahkan cermin kereta untuk membebaskannya.
Pelancong itu menjelaskan bahawa dia telah memandu dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chonburi sejauh 890 kilometer.
Dia berhenti di stesen minyak selepas memandu hampir 500 kilometer untuk berehat.
Dia berbaring di dalam kereta, menghidupkan penyaman udara dan tertidur, menyebabkan bateri kenderaan itu akhirnya kehabisan. – Kosmo
- BACA: VOLVO XC90 – PENYELAMAT VOLVO SEWAKTU BADAI MELANDA
- BACA: NISSAN TERUS BERINOVASI MELALUI SISTEM PEMANDUAN e-POWER – BAKAL LANCAR MODEL BAHARU SUKU KEEMPAT 2024
- BACA: KYMCO DEDAH PROTOTAIP SKUTER ADVENTURE CV-R5 DI CHINA – ENJIN 427CC, 40.2NM
- BACA: BRC 2024 – CHRIS INGRAM MENANG BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2