Buletin

GEELY BAKAL HASILKAN DCT GENERASI KE-2. LEBIH KUASA, JIMAT DAN MAMPU TANGANI TORK SEHINGGA 450NM!

Geely baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan kotak gear klac berkembar (DCT) 7-kelajuan generasi kedua.

Kotak gear itu bukan sahaja mampu memaksimumkan kuasa, menjimatkan minyak dan cekap, malah dapat bertahan dengan kuasa tork mencecah 450Nm!

Ia juga didakwa sesuai digunakan dengan pelbagai teknologi hibrid terkinida dipadankan bersama lebih banyak enjin. Sekali gus dapat mengurangkan kos produksi kenderaan Geely.

DCT Geely sekarang tidak lagi asing buat pengguna di Malaysia kerana ia dipasang pada model Proton X50 dan X70 CKD. Transmisi generasi pertama itu telah diuji dan dinilai pada Disember 2017 sebelum dihasilkan secara massa.

Dalam tempoh Cuma tiga tahun, Geely telah menghasilkan lebih sejuta unit DCT berkenaan. Jumlah yang dieksport ke pasaran Eropah sudah pun melebihi 30,000 unit.   

Sedia maklum bahawa kotak gear DVT sekarang memiliki pelbagai teknologi baharu.

Ia dilengkapi teknologi shift elektronik dan pam penyejukan minyak yang berfungsi menambah baik kecekapan penukaran gear dan kestabilannya, selain mengelakkannya daripada panas melampau.

Harus tahu juga DCT berkenaan mampu bertahan dengan tork puncak mencecah 350Nm. Jadi, dari segi kuasa, kecekapan dan penjimatan bahan api, ia boleh berfungsi dengan cemerlang.

DCT itu juga pernah memenangi anugerah 10 Kotak Gear Terbaik dunia pada tahun 2018 dan 2019. – Automachi

GALERI

Google ads
Back to top button