
GEELY DALAM FORTUNE 500, RAIH HASIL RM199B!
Geely Holding Group sememangnya sebuah konglomerat besar dan dapat dilihat apabila kumpulan dari China itu disenaraikan pada kedudukan 243 di dalam Fortune Global 500 2020.
Jumlah pendapatan kumpulan ialah US$47.8 bilion (RM199.06 bilion).
Pencapaian Geely Holdings bukan baharu bahkan tahun kesembilan berada di kalangan Fortune Global 500 dan satu-satunya kumpulan automotif persendirian China yang disenaraikan.

Pada tahun 2019, jualan kumulatif pelbagai model Geely Holding mencecah 2.17 juta unit.
Di antara penyumbang jualan ialah Geely Automobile (termasuk Lynk & Co) sebanyak 1.36 juta unit dan berada di kedudukan pertama kereta penumpang China selama tiga tahun berturut-turut.
Volvo Cars Global pula sebanyak 705,400 unit dengan peningkatan 9.8 peratus dari tahun ke tahun dan juga mencatatkan rekod jualan baharu untuk enam tahun berturut-turut.
Berikut ialah di antara pencapaian signifikan Geely:
- Lebih 100 bilion penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tempoh sepuluh tahun.
- Geely Automobile telah membina lima pusat kejuruteraan R&D dan lima pusat pengayaan di serata dunia.
- Empat modul senibina asas atau platform iaitu BMA, CMA, SPA dan PMA.
- Pada tahun 2020 Geely Automobile memperkenalkan CMA Super Matrix untuk binaan rangka penuh kenderaan era teknologi 4.0.
- Terlibat dalam pengeluaran satelit orbit rendah.
- Sistem perhubungan (connected) kenderaan GKUI19 diperkenalkan. Sehingga kini pengguna GKUI telah mencecah dua juta.
- Pemilikan Volvo Cars telah membuka jalan kepada Geely untuk menjadi konglomerat global buat pertama kali.
- Jualan Lynk & Co sudah melebihi 300,000 unit dan dijadual memasuki pasaran Eropah pada setengah tahun kedua 2020.
- Geely dan Daimler menubuhkan satu syarikat usahasama global untuk jenama smart.
Sehingga kini, Geely Automobile telah mencatatkan jualan melebihi 9.6 juta unit kenderaan dan bakal mencecah 10 juta uni pada setengah tahun kedua 2020.
Satu pencapaian yang dekat dengan negara kita ialah bagaimana penglibatan Geely telah berjaya melonjakkan kembali jualan Proton sehingga 100,000 unit dan berada di tangga kedua di pasaran domestik.
BACA: PROTON X50 CATAT LEBIH 20,000 TEMPAHAN DALAM MASA 2 MINGGU!