
GEELY DEDAH FOTO TRAK PIKAP ELEKTRIK RADAR
Trak pikap elektrik sudah menjadi fenomena di pasaran Amerika. Namun, jentera itu dilihat bakal popular di seluruh dunia apabila Geely sudah mendedahkan foto trak pikap elektrik pertamanya, RADAR.
Geely tidak mendedahkan banyak maklumat mengenainya. Tetapi, imej itu jelas menunjukkan ia mempunyai rekaan gril, lampu kabus dan lampu utama yang nipis. Bampar hadapan juga direka agar kelihatan agresif bersama corong pengambilan udara yang besar.
Melihat dari arah sisi, trak pikap itu dilengkapi arca roda berwarna hitam, pemijak kaki dan ruang kargo yang tidaklah terlalu besar.

Bahagian belakang pula memaparkan rekaan lampu bersama satu bar LED nipis. Skid plate dengan tulisan Geely turut dipasang.
RADAR yang bermaksud Rational, Alone, Discovery, Accompany dan Romantic itu dikatakan dibina di atas platform SEA Geely. Ia dijangka diperkenalkan secara rasmi pada hujung bulan ini. Jadi, tunggu sahajalah…
- BACA: GEELY DEDAH SEDAN COUPE BINRUI COOL. HARGA BERMULA RM52,000
- BACA: KUMPULAN GEELY JUAL LAGI BANYAK KERETA PADA 2021! PROTON SAMA NAIK!
- BACA: GEELY DAN RENAULT SAH JALIN KERJASAMA! APA MAKNANYA?
- BACA: GEELY AKAN LANCAR LYNK & CO. MAHU JADIKAN PROTON JENAMA NO 1 DI MALAYSIA
GALERI











