
GEELY MAHU BUAT TELEFON PINTAR PULA. SASAR JUALAN 3 JUTA UNIT PADA TAHUN PERTAMA
Geely dilapor berminat untuk menjadi pengeluar telefon pintar dan telah memulakan pencarian bakat dengan pejabatnya akan dibuka di Wuhan, Shanghai serta di beberapa negara lain.
Perkembangan itu dilihat agak mengejutkan kerana pasaran telefon pintar sudah cukup tepu. Malah pengeluar mula mencari cabang perniagaan lain. Xiaomi dan OPPO misalnya telah melabur berbilion dolar untuk menghasilkan kereta elektrik.
Biarpun begitu, langkah Geely untuk menjadi pengeluar telefon adalah kerana peranti itu akan berfungsi sebagai peralatan penting dalam berhubung dengan pelanggan serta ekosistem perniagaannya.
Geely merancang untuk melancarkan peranti pintar pintar mereka menjelang tahun 2023 dengan sasaran jualan 3 juta unit pada tahun pertama. Ia juga dikatakan telah menubuhkan satu syarikat khas untuk perniagaan baharu tersebut.
Projek itu melibatkan pelaburan sebanyak 10 bilion yuan (RM6.48 bilion) dengan sasaran mencapai pendapatan kumulatif 150 bilion yuan dalam tempoh lapan tahun. Ia juga bakal mempunyai sehingga 3,000 orang pekerja.
- BACA: FARIZON FX – TRAK PIKAP ANEH BUATAN GEELY. GUNA PLATFORM BOYUE PRO (PROTON X70)
- BACA: GEELY XINGYUE L, BAKAL JADI PROTON X90 DENGAN 7 TEMPAT DUDUK?
- BACA: GEELY LANCAR BINYUE PRO (PROTON X50) FACELIFT 2021. PERUBAHAN MINIMUM, LEBIH SPORTY
- BACA: GEELY BOYUE X 2021. KONSEP REKAAN VISION STARBURST, RUANG KABIN LEBIH PREMIUM