Motosikal

GELAGAT LELAKI TUNGGANG MOTOSIKAL SAMBIL BERDOA BUAT NETIZEN TERHIBUR

Gelagat seorang lelaki menunggang motosikal sambil tangannya dilihat seperti berdoa nyata menarik perhatian pengguna jalan raya.

Aksi lelaki lengkap berjubah itu mengingatkan orang ramai tentang bait-bait lagu ‘Cinta Sampai Mati’ nyanyian artis negara jiran yang kini trending menerusi lirik ‘dengarkanlah disepanjang malam aku berdoa’. Lebih membahayakan, lelaki tersebut tidak memakai topi keledar dan hanya memakai serban menutupi kepalanya.

Difahamkan aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, bagaimanapun tidak dinyatakan dengan tepat lokasi dan tarikh ia dirakam. Menerusi klip video berdurasi 25 saat itu, kelihatan lelaki terbabit tidak memegang hendal motosikal kerana kedua-dua tanganya dilihat seperti berdoa.

Walaupun tidak mengawal motosikal dengan baik, namun kenderaan itu meluncur laju dan keadaan jalan ketika itu juga tidak sesak.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terhibur dengan aksi lelaki berkenaan dan pelbagi komen nakal ditinggalkan mereka.

“Doa tak ada roadblock (sekatan jalan raya), roadtax (cukai jalan) dah mati,”tulis Pak Brandon Ash. 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Rock Jalanan. “Aksi ini mengingatkan saya masa mula-mula dapat motosikal dulu, selalu lepas tangan untuk mengimbang badan, sekali accident (kemalangan) lepas tu serik,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button