Buletin

INSIDEN CEMAS DRAWBRIDGE ANGKUT HONDA ACCORD. OPERATOR JAMBATAN KENA PECAT

Seorang pemilik Honda Accord berdepan detik cemas apabila jambatan angkat diangkat sebelum ia melepasi jambatan terbabit.

Dalam kejadian di Jambatan Ocean Avenue, Lantana, Florida, Amerika Syarikat (AS) itu, kenderaan terbabit diangkat sehingga pada kedudukan 45 darjah.

Begitupun, pemandu kenderaan membuka pintu dan bersedia melompat menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya.

Apabila kenderaan mula mengelongsor ke hadapan, pemandu tidak teragak-agak menekan pedal minyak sekali gus menyelamatkan diri daripada insiden tidak diingini berlaku.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang penunggang basikal dan sebuah Honda Accordd melintasi jambatan angkat ketika pintu lintasan ditutup.

Semasa penunggang basikal berjaya turun dari jambatan, namun sebaliknya terjadi pada pemilik Accord tersebut apabila terperangkap di atas jambatan tersebut.

Menurut stesen berkenaan, operator jambatan memaklumkan kepada para penyiasat dia tidak melihat terdapat kenderaan apabila drawbridge itu sedang tutup.

Operator terbabit dipecat berikutan melanggar polisi keselamatan termasuk menjalankan pemeriksaan secara terperinci. – carscoops

Google ads
Back to top button