Artikel Pilihan

IMEJ MAZDA CX-60 TERDEDAH, PHEV 6 SILINDER PETROL / DIESEL

Satu gambar Mazda CX-60 2023 telah terdedah tanpa sengaja beberapa jam sebelum pelancaran rasmi model baru ini. Photo yang didedahkan oleh pengguna Instagram menunjukkan model terbaru Mazda CX-60 dari dalam dan luar kenderaan secara terperinci

Walaupun rekaan luarnya hampir sama dengan Mazda CX-5, model terbaru CX-60 ini menggunakan platform serba baru pacuan roda belakang serta trenkuasa terbaru termasuklah penggunaan enjin 6 silinder sebaris serta sistem plug-in hibrid.

Enjin ini ditawarkan dalam 2 varian samaada petrol dan diesel. Bagi pasaran Australia, ia bakal ditawarkan dengan enjin 2500cc 4 silinder petrol dan juga sistem PHEV yang berupaya menjana kuasa sehingga 300 kuasa kuda.

Berbeza dengan CX-5, CX-60 lebih lebar, menampilkan rekaan lampu LED baru, DRL LED baru, tulisan krom PHEV dan rekaan jeriji depan yang menegak. Model baru ini juga datang dengan rim rekaan baru, plastic clading yang minima serta lampu rekaan belakang yang baru berbeza dari model lama dengan motif rekaan bulat

Rekaan papan pemuka depan juga mirip dengan CX-5 dengan tambahan paparan meter digital yang besar dan gabungan beberapa bahan buatan yang dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi. Antara elemen yang digunakan termasuklah corak poko maple, kulit Nappa, krom dan juga rekaan tekstil tradisional Jepun yang dikenali dengan nama Musubu

Papan pemuka Mazda di bahagian depan menampilkan tema berwarna cerah, sangat berbeza dengan tema sebelum ini. Mazda CX-60 adalah SUV baru rekaan Mazda yang menggunakan platform Large Architecture dan menampilkan rekaan 2 bari tempat duduk. Rekaan 3 baris tempat duduk pula akan dihasilkan pada model Mazda CX-80.

Kedua-dua model ini akan difokuskan pada pasaran Jepun dan Eropah, manakala rekaan cesi yang lebih kurus (CX-70 & CX-90) akan dipasarkan untuk Amerika. Mengikut strategi yang digunakan di Malaysia, pengenalan model baru ini tidak akan menjejaskan penjualan model lama. Sebagai contoh Mazda CX-3 tetap dijual bersama-sama dengan model terbaru Mazda CX-30 dengan harga yang berbeza

Google ads
Back to top button