GERAM TAK NAIK, MYVI LANGGAR PALANG TOL RFID. RAMAI UCAP TERIMA KASIH
Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah.
Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya.
Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu nyata mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang melaluinya.
Melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali dengan menggerakkan keretanya ke depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan.
Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu itu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalan sehingga mengejutkan pemandu yang berada di belakangnya.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa puas hati kerana tindakan pemandu itu seolah-olah mewakili pengguna lain yang juga kurang senang dengan sistem tersebut.
“Itu sahaja cara ajar sistem yang lembab macam itu, katanya teknologi hebat untuk lancarkan kesesakan di lebuh raya, kesannya lebih menyusahkan, belajar bagi habis dulu, baru keluarkan teknologi berkesan,” komen seorang pengguna.
“Hanya ‘King’ sahaja berani buat macam ini, tabik la, terima kasih wakilkan kami rakyat Malaysia yang dah lama geram dengan sistem RFID ini,” seloroh Rozaimi.
“Terima kasih ‘King’ anda buat kerja yang baik,” ujar Amar Afif. – KOSMO! ONLINE
- BACA: ISU RFID: KOS CUMA RM1, TETAPI KENAPA JUAL RM35? – NAJIB
- BACA: ISU RFID: PLUS BUKA SEMULA 19 LORONG SMARTTAG, MOHON MAAF KEPADA PENGGUNA
- BACA: INDONESIA SELARASKAN PLAT KENDERAAN. CHIP RFID UNTUK TOL, PENGUATKUASAAN & BAYARAN PARKIR ELEKTRONIK
- BACA: MASIH UNDUR KERETA DI LORONG RFID? LEMAH… THAILAND DAH GUNA TOL TANPA PALANG M-FLOW