Buletin

GOLF GTI 2024 KINI DILENGKAPI SISTEM AUDIO HARMAN KARDON, HUD – 245PS, HARGA BERMULA RM252K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf GTI yang dinaik taraf, lengkap dengan sistem audio Harman Kardon dan ciri paparan Head-up Display.

Golf GTI ialah sebuah ikon tidak perlu diperkenalkan lagi di mana ia merupakan sebuah hot hatch yang menawarkan prestasi penuh kuasa dan meningkatkan pengalaman pemanduan.

Dari luaran, ia didatangkan dengan gril hadapan jenis honeycomb, kemasan GTI berwarna merah, rim aloi Richmond bersaiz 18-inci yang sporty, angkup brek berwarna merah, serta lampu utama dan belakang LED sepenuhnya.

Perincian menarik lain termasuklah sistem audio premium Harman Kardon 480-watt – 10 pembesar suara serta paparan head-up display.

Paparan head-up display memaparkan pelbagai maklumat penting pada ruang pandangan pemandu pada cermin utama seperti maklumat tentang kelajuan, navigasi dan sistem amaran.

Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin 2.0TSI turbo, menghasilkan 245PS dan tork 370Nm yang dipadankan bersama kotak gear 7 kelajuan klac basah DSG.

Bai ciri keselamatan ia terdiri dari sistem seperti berikut:

  • Travel Assist dan Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Side Assist
  • Rear Cross Traffic Aler
  • Autonomous Emergency Braking
  • Lane Assist
  • Adaptive Lane Guidance

Untuk harga, Golf GTI baharu kini ditawarkan pada harga RM252,990 dengan jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun serta penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.

VPCM turut memulakan program jelajah Volkswagen pertamanya untuk tahun ini di Pulau Pinang, akan bermula pada 4 hingga 7 Januari 2024 di Queensbay Mall.

Antara model dipamerkan pada jelajah itu termasuklah Golf GTI yang telah dinaik taraf, Arteon R-Line, Golf R dan Tiguan Allspace R-Line.

Selain itu, sesi pandu uji juga disediakan sepanjang jelajah ini berlangsung dan tempahan atau pandu uji boleh dibuat di semua bilik pameran sah Volkswagen di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/the-all-new-golf/golfgti

Google ads
Back to top button