Buletin

GOODYEAR ASSURANCE DURAPLUS 2 – TAHAN SEHINGGA 110,000KM BERMULA RM136

Goodyear Malaysia baru-baru ini menambah rangkaian tayar Assurance DuraPlus dengan Assurance DuraPlus 2 yang hadir bersama teknologi TredLife untuk perjalanan lebih jauh dan tahan lasak.

Menggunakan reka bentuk bunga, kaviti dan kompaun yang inovatif, tayar itu mampu menawarkan jangka hayat bunga sehingga 110,000km tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan serta prestasi.

Corak bunga pada tayar Assurance DuraPlus 2 direka secara simetri dengan lebar bunga yang lebih besar. Ini membolehkan permukaan tayar yang lebih luas berhubung dengan jalan.

Tayar itu juga lebih fleksibel walaupun jika kawasan hausnya tidak sekata. Bukan itu sahaja, bentuk kaviti yang telah dipertingkatkan membantu memastikan tekanan hubungan diagih secara sekata.

Bunyi bising pula dikurangkan dengan pengguna jalur getah di antara lapisan untuk menyerap getaran.

Melalui formula kompaun yang ditambah baiik, kekuatan dan ketahanan daripada haus telah ditingkatkan secara signifikan. Kompaun itu bukan sahaja digunakan pada bahagian bunga, malah di kawasan dinding sisi.  

Tayar itu menggunakan sekurang-kurangnya dua lapisan modulus yang berfungsi menahan impak luaran.  

Goodyear Assurance DuraPlus 2 kini sudah boleh didapati di semua pusat Goodyear AutoCare di seluruh negara dengan saiz bermula 13 hingga 16 inci. Ia ditawarkan pada harga RM136 hingga RM293 seunit.

Google ads
Back to top button