Buletin

BMW PANGGIL SEMULA 7 UNIT SUPRA 2020. TAPI TOYOTA YANG BUAT PEMERIKSAAN

BMW dilapor memanggil semula tujuh unit Toyota Supra baharu dan akan menggantikannya dengan kereta baharu sepenuhnya.

Menurut dokumen yang disiarkan oleh pihak NHTSA, kereta tersebut ditarik balik  kerana masalah pateri pada bahagian loop tali pinggang keledar.

Tetapi kenapa BMW yang buat dan bukannya Toyota? Ini kerana BMW yang menghasilkan supra di kilangnya di Austria. Jadi ia menjadi tangungjawab BMW jika berlaku sebarang kecatatan dari kilang.

Langkah memanggil semula itu perlu dibuat kerana jika berlaku kemalangan, pateri yang tidak sempurna tersebut tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Walaupun insiatif tersebut dibuat oleh BMW, Toyota akan bertanggungjawab dari segi pemeriksaannya. Memandangkan jumlahnya sangat kecil, Toyota akan menghubungi pemilik yang terjejas menerusi telefon bermula 13 September lalu.

Pelanggan perlu membawa Supra mereka ke pengedar Toyota untuk diperiksa. Bergantung kepada hasil pemeriksaan, mereka mungkin akan menerima Supra baharu.  

Tags
Google ads
Back to top button