Artikel Pilihan

BICARA TEKNIKAL: KENAPA ENJIN HILANG KUASA

Salah satu sifat enjin yang dibina oleh manuasia ialah lama-kelamaan ia akan mengalami kemerosotan prestasi dari masa ke semasa. Enjin dibina berdasarkan prinsip untuk mengekstrak kuasa mekanika dan menukar tenaga kimia daripada petrol kepada tenaga kinetik berdasarkan prinsip haba dan juga tekanan.

Sedikit demi sedikit enjin akan kehilanga kuasa dan sebagai pengguna biasa kita jarang mengesan kehilangan kuasa tersebut kerana badan kita akan cuba menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang dialami oleh enjin. Anda boleh menguji prestasi enjin dengan menggunakan mesin dyno untuk keputusan yang lebih tepat.

Jadi kenapa enjin kehilangan kuasa?

1.Penapis udara

Penapis udara berfungsi menghalang bendasing daripada memasuki enjin semasa udara dipaksa masuk ke dalam enjin untuk pembakaran. Jadi akan terdapat banyak habuk, bendasing dan juga kotoran akan melekat penapis udara yang akan menghalang udara masuk menyebabkan pumping loss. Enjin akan kehilangan kuasa disebebkan kuasa enjin diperlukan untuk mengatasi halangan kotoran pada penapis udara.

Jadi cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menukar penapis udara yang baru.

2.Catalytic Converter atau Penukar Pemangkin

Ia merupakan satu komponen yang digunakan untuk menukar asap yang berbahaya di dalam sistem ekzos kepada komponen yang kurang berbahaya seperti menukar Karbon Monoksida (gas beracun) kepada Karbon Dioksida. Namun komponen ini akan bekerja dalam keadaan yang sangat mengakis iaitu dalam keadaan suhu tinggi dan terdedah pada asap sepanjang masa.

Keaadaan ini menyebabkan ekzos mudah memerangkap partikel asap sehingga ia menyukarkan proses pengeluaran asap daripada enjin. Asap ekzos ini juga akan menyebabkan muffler atau penyerap bunyi tersumbat dengan deposit karbon yang berasal dari asap. Deposit karbon ini akan menyumbat sistem ekzos, mengganggu perjalanan gas ekzos dan menjadikan sistem ekzos tidak efisyen

Sistem ekzos ini juga boleh berkarat dan semua faktor ini akan menyebabkan pumping loss di dalam sistem.

Fuel Injector atau Pemancit Bahan Api

Komponen ini bertanggungjawab membekalkan semburan petrol di dalam silinder. Semburan petrol yang dihantar akan membentuk corak tertentu di dalam silinder bagi menghasilkan pembakaran yang efisyen. Haba dari pembakaran enjin dan juga karbon yang terbentuk pada orifice pemancit bahan api akan menyebabkan semburan petrol menjadi tidak efisyen. Fenomena ini akan mengganggu Air Fuel Ratio menyebabkan enjin menggunakan lebih banyak petrol dan juga enjin akan mula kehilangan kuasa

Pam Petrol

Pam ini dipasang pada bahagian tangki bahan api bertujuan menghantar petrol daripada tangki kepada enjin pada tekanan rendah. Namun selepas beberapa tahun digunakan kecekapan mekanikal pam akan berkurang dan ia tidak lagi mampu menghantar petrol pada kuantiti yang dikehendaki. Penapis petrol turut dipasang bagi melindungi pam daripada bendasing namun penapis ini akan mulai kotor dan harus diganti.

Senario yang biasa dialami ialah enjin kelihatan gagal untuk menghasilkan kuasa yang cukup pada RPM yang tinggi atau tidak cukup kuasa ketika dipandu melalui jalan berbukit.

Piston Rings

Piston ring dipasang pada bahagian tepi piston dalam bentuk bulatan seperti bentuk cincin dalam 3 lapisan. Fungsi piston ring adalah menyediakan ruang kedap atau sebagai seal bagi membolehkan tekanan gas yang meletup menolak piston ke bawah dan mengelakkan gas memasuki ruang crankcase. Piston ring akan sentiasa bergesel dengan silinder akan mengalami kehausan

Piston ring yang haus akan menyebabkan enjin mengalami kehilangan tekanan (mechanical efficency loss) melalui proses blowby.

Deposit Karbon

Seperti yang diulas sebelum ini masalah deposit karbon yang berlaku pada injap kemasukan akan menghalang udara masuk secara maksima seterusnya menyebabkan enjin mengalami masalah volumetric efficiency loss. Masalah ini akan bertambah serius sekiranya anda memandu kereta dengan enjin suntikan bahan api terus.

Piston ring yang haus tadi pula akan menyebabkan fenomena blowby berlaku di mana gas yang terhasil daripada proses pembakaran akan terlepas masuk ke dalam crankcase. Tekanan dalam crankcase akan meningkat dan gas tadi akan dilepaskan semula melalui injap kemasukan untuk dibakar semula. Namun tidak semua gas ini akan terbakar sepenuhnya dan membentuk deposit karbon pada injap kemasukan.

Palam Pencucuh

Berdasarkan cadangan pengeluar, palam pencucuh perlu ditukar mengikut sela masa yang ditentukan samaada 30,000km ataupun 40,000km sekali berdasarkan cadangan pengeluar. Palam pencucuh yang dipasang terus dalam kebuk pembakaran akan dikotori dengan petrol yang tidak terbakar, minyak enjin dan juga deposit karbon

Ini akan menyebabkan percikan api yang dihasilkan oleh palam pencucuh dan juga fenomena missfiring. Semasa menukar palam pencucuh pastikan ia ditukar mengikut spesifikasi haba yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah knocking.

Knocking atau Fenomena Ketukan

Sebaik sahaja deposit karbon mulai terbentuk di dalam kebuk pembakaran akan membentuk satu lapisan penebat haba yang akan menjadikan kebuk perbakaran lebih panas, dan suhu yang tinggi akan menjadikan fenomena ketukan menjadi semakin serius.

Malah deposit karbon juga boleh menjadi hotspot atau titik panas yang akan menjadi punca kepada masalah ketukan. Bagi mengelakkan masalah ketukan berlaku, enjin akan mengubah pemasaan enjin dan terpaksa beroperasi pada keadaan yang tidak efisyen dan kurang menghasilkan kuasa.

Google ads
Back to top button