
GOODYEAR MALAYSIA TAWAR PROMOSI TAYAR 4X4 COOPER TYRE. KAD PETRONAS RM40, JAMINAN 5 TAHUN, SAH SEHINGGA 31 MEI 2023
Selepas pengumuman pengambilalihan syarikat pada tahun lalu, Goodyear Tyre & Rubber Company dan Cooper Tyre & Rubber kini mengadakan ‘Cooper Tires Promotion’ sehingga 31 Mei 2023.
Pemilik 4×4 juga bakal menikmati faedah pelbagai jenis tayar Cooper berkualiti tinggi yang direka untuk tahan lama serta lebih lasak dan ia tersedia di kedai Goodyear Autocare di seluruh negara.
“Kini dengan Cooper Tyres bersama Goodyear, kami dapat menggabung keistimewaan untuk menyediakan tayar gantian peringkat teratas.

“Kami menjangkakan sinergi kedua-dua jenama ini akan membawa peningkatan dan menawarkan pelbagai produk kepada pengguna,” kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng.
Pelanggan juga berpeluang menerima Petronas Gift Card bernilai RM40 secara percuma bagi setiap pembelian empat biji tayar Cooper. Tayar berkenaan hadir dengan waranti pembuatan selama 5 tahun dari tarikh pembelian.
Maklumat lanjut, sila layari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my/cooper/
- BACA: INI PERBEZAAN TAYAR MURAH DAN TAYAR PREMIUM KETIKA BREK KECEMASAN
- BACA: SUDAH DIUJI: TAYAR GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED. SENYAP BETUL DENGAN TEKNOLOGI ANX, SAIZ 16-19 INCI, SESUAI UNTUK SEDAN PREMIUM!
- BACA: TAYAR CONTINENTAL BAKAL GUNA 100 PERATUS BAHAN LESTARI, KITAR SEMULA
- BACA: TAYAR GUNA 90% BAHAN MAMPAN GOODYEAR LULUS – MAMPU JIMATKAN BAHAN API