Motosikal

YAMAHA MT-25, MT-15 TERIMA WARNA BAHARU – DARI RM12,498

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi dua model popular, MT-25 dan MT-15. 

Bagi tahun 2024, MT-25 kini hadir dengan warna Midnight Black dan Midnight Cyan dan dijual pada harga RM23,998. Ini bermakna terdapat kenaikan RM1,000 jika dibandingkan dengan model dijual sebelum ini. 

Sementara itu, HLYM turut menawarkan pilihan warna sama bagi MT-15 dan dijual pada harga RM12,498 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Bagaimanapun, bagi kedua-dua model ini, tiada naik taraf lain yang ditawarkan dengan masing-masing mengekalkan ciri dan kelengkapan sama. 

Atas kertas, Yamaha MT-25 masih lagi dikuasakan enjin dua silinder 249cc DOHC yang menjana 35.5hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm. Yamaha MT-15 pula menawarkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm pada 8,500rpm. 

Seperti biasa, bagi setiap pembelian setiap motosikal baharu Yamaha, pelanggan yang menerima kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. 

Google ads
Back to top button