Motosikal

TERKINI: KAWASAKI Z650RS LANCAR DI MALAYSIA BULAN INI

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia bakal memperkembangkan tawaran di Malaysia menerusi model ditunggu-tunggu, Kawasaki Z650RS.

Menurut sumber, kami dimaklumkan bahawa EMOS merancang untuk memperkenalkan Z650RS pada 22 Februari ini di salah sebuah pusat pameran rasmi Kawasaki disini. 

Untuk rekod, Kawasaki Z650RS membuat debut global pada tahun 2021 sebelum model itu dinaik taraf dengan fungsi KTRC (Kawasaki Traction Control) pada 2024 menyertai Versys, Ninja dan Z 650.

Untuk rekod, Z650RS meneruskan kesinambungan rekaan retro yang ditawarkan Z900RS yang telah diperkenalkan pada 2018. 

Namun begitu, Z650RS merupakan tawaran yag lebih mampu milik ekoran dipacu enjin parallel-twin 649cc yang sama terdapat pada model Z650 dan Ninja 650 dan hasilnya, menawarkan 67hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Meskipun begitu, awasaki telah menala semula enjin ini bagi menghasilkan respon yang lebih baik ketika di rpm rendah dan pertengahan.

Seperti model Z650 dan Ninja 650, model baharu ini juga tampil dengan fork depan 41mm serta ‘horizontal link shock’ di bahagian belakang dengan preload boleh laras.

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper brek dua piston berkembar di bahagian depan yang mencengkam cakera brek 300mm dan dibantu Bosch ABS dwi-saluran.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • lampu LED penuh
  • meter analog dengan paparan digital
  • klac assist/slipper
  • ketinggian tempat duduk 820mm

Harga jualan bagi model ini akan diumumkan pada hari pelancaran nanti. 

Google ads
"
"
Back to top button