Buletin Khas

HADIAH PREMIUM PERCUMA DENGAN PEMBELIAN MINYAK PELINCIR PETRONAS SYNTIUM

Beberapa hari lepas ketika melakukan servis kereta, sempat juga penulis bersembang dengan pemilik bengkel berkenaan sambutan Tahun Baru Cina. Kalau ikut kalendar, cuti perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 25 Januari. Tak lama dah, pejam celik pejam celik sedar-sedar dah sampai. Tapi pemilik bengkel mengingatkan bahawa mungkin dia akan bercuti dari 24 Januari sehingga 30 Januari

Maka sebagai rakyat Malaysia sejati, pantang ada cuti mesti kita akan balik kampung. Apabila musim balik kampung secara besar – besaran bermula, salah satu aspek penyelenggaraan kenderaan yang perlu diambil berat ialah minyak enjin sendiri. Sela masa penukaran minyak enjin telah ditetapkan oleh pengeluar samaada 5000km , 7000km atau 10,000km.

Menjadi tabiat orang Malaysia untuk servis kenderaan sehari sebelum atau pada saat saat akhir. Tapi biasalah, kalau saat-saat akhir ini pasti bengkel dan pusat servis kereta akan penuh. Sekiranya kenderaan anda telah melangkaui sela masa service dan beranggapan “ok” dan tidak perlu service kereta, cuba kita nilaikan fungsi sebenar minyak enjin yang sangat penting

1. Enjin adalah mekanikal part yang sentiasa bergerak. Fungsi minyak tadi ialah melincirkan pergerakan piston, aci sesondol, aci emgkol, rocker arm, sprocket pemasaan rantai, dan 1001 bahagian yang bergerak.

2. Bagi enjin turbo, minyak pelincir membantu pergerakan turbo pin sehingga turbin berputar 90,000 RPM. Bagi minyak pelincir biasa, ia tidak dapat melindungi enjin daripada fenomena Low Speed Pre-Ignition

3. Bagi enjin vvti- minyak enjin merupakan sebahagian elemen dalam sistem bagi membantu sistem melambatkan atau mempercepatkan masa pembakaran. Bagi enjin vtec – minyak enjin adalah elemen dalam sistem pin untuk mengaktifkan fungsi VTEC.

4. Oleh kerana enjin beroperasi dengan pembakaran petrol atau diesel, akan ada haba yang wujud di kebuk pembakaran. Haba perlu dikawal agar tidak berlaku knocking atau ketukan. Minyak enjin menyejukkan bahagian2 enjin dengan membawa haba keluar dari sistem. Bagi sistem turbo, suhu setinggi 900°C boleh terhasil di bahagian turbo dan perlu disejukkan oleh minyak pelincir

5. Besi tuang adalah elemen dalam enjin dan minyak enjin mampu menghalang enjin dari berkarat

6. Hasil pembakaran bahanapi petrol atau diesel akan menghasilkan enapcemar (sludge) dalam enjin. Minyak enjin membersihkan enjin dari sludge dari permukaan enjin

Mazda CX30

Apabila digunakan, suhu yang tinggi, sludge, karat, dan kadangkala hasil pembakaran turut menghasilkan asid di dalam enjin akan diserap ke dalam minyak enjin. Sekiranya terlalu tercemar, maka fungsi2 di atas tidak mampu dilaksanakan dan jangka hayat enjin akan terjejas.

Salah satu cara untuk mengetahui minyak betul-betul tercemar adalah dengan menjalankan analisis kimia terhadap sampel minyak enjin. Namun kaedah ini tidak praktikal dan mahal. Kaedah lain ialah tukar sahaja minyak hitam mengikut sela masa 5000 atau 7000 atau 10000km yang telah ditetapkan.

Bayangkan kalau kita mendera enjin dengan menggunakan minyak yang dah lebih waktu servis, meredah kesesakan balik kampung beratus-ratus kilometer dalam keadaan panas, dan memecut pada halaju yang tinggi dan RPM yang tinggi pasti akan meletakkan tekanan yang tinggi pada enjin. Lebih baik kalau kita servis kereta lebih awal.

Tapi, ini berita baik untuk pemilik kenderaan. PETRONAS telah melancarkan satu promosi di mana dengan setiap pembelian minyak pelincir PETRONAS SYNTIUM 4 Liter dengan teknologi CoolTech™ anda akan diberikan hadiah sama ada beg sandang yang bergaya ataupun termos Syntium. Tapi ada syaratnya tuan tuan..

Beg galas dengan saiz 30 liter ini akan diberikan kepada pelanggan yang membeli minyak pelincir dari siri PETRONAS SYNTIUM 7000 dengan teknologi CoolTech™ dan PETRONAS SYNTIUM 3000.

Manakala bagi pelanggan yang membeli minyak pelincir dari siri PETRONAS SYNTIUM 800 dengan teknologi CoolTech™ pula akan mendapat termos dengan warna keemasan.

Bukan sebarang termos, tapi datang dengan teknologi vakum bagi mengawal suhu, plastik bebas BPA dan keluli tahan karat. Cuma Termos ni anda akan dapat waktu promosi Tahun Baru Cina sahaja.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 29 Februari 2020 ataupun selagi stok masih ada. Service enjin kereta dengan minyak pelincir PETRONAS SYNTIUM yang diformulasikan dengan teknologi CoolTech™ dan bawa pulang hadiah percuma dengan segera. Baru seronok balik kampung. Enjin kereta dilindungi dengan cemerlang, anda boleh isi barangan dalam beg dan kopi sejuk dalam termos Syntium.

Tags
Google ads
Back to top button