Artikel Pilihan

CUBAAN CURI KERETA GAGAL – PENCURI TAK RETI PANDU KERETA MANUAL

Curi kereta memang satu kesalahan jenayah dan tidak sepatutnya dilakukan. Tapi kalau dah pilih pekerjaan ini tapi tak tahu nak pandu kenderaan yang bakal dicuri itu kita panggil bodoh. Inilah yang berlaku kepada dua remaja di Maryand, AS yang berakhir dengan tangkapan oleh pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di Germantown, Maryland. Seorang pemandu Subaru WRX baharu sahaja memasuki kereta bila dua orang remaja menyerbu dan memaksa beliau keluar dari kereta. Walaupun mangsa tidak melawan, kereta tersebut gagal dilarikan kerana ‘kekurangan’ dari segi perancangan taktikal oleh pihak penjenayah.

Sama seperti kebanyakan pemandu di negara terkenal bernama Amerika Syarikat, pencuri-pencuri lemau ini tidak reti memandu kenderaan dengan transmisi manual. Sebaik menyedari Subaru WRX tersebut mempunyai tiga pedal dan tombol gear manual, mereka segera berlari keluar dan menjerit macam pondan masuk cicak dalam baju. Pemilik kereta ni mesti tersengih selama seminggu.

Tak lama selepas insiden memalukan persatuan pencuri kereta itu berlaku, polis berjaya mengesan dua orang samdol tersebut di lokasi berdekatan. Mereka cuba melarikan diri dengan berlari tetapi berjaya ditahan. Apa kejadah la pencuri kereta melarikan diri sambil berlari je. Kedua samdol berusia 16 dan 17 tahun kemudiannya dihantar ke Montgomery County Central Processing Unit.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pencuri kereta di seluruh dunia. Ilmu tu penting dan gunakannya untuk perkara yang baik-baik.

Google ads
Back to top button